Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

05/04/2009

Idris


"Abang outstation la Monday.." itu jawabnya bila aku khabarkan padanya mengenai janji temu Idris. Masam mencuka, aku pasti itulah reaksi yang terpamer diwajahku. Walau aku tidak menoleh pada cermin sekalipun, aku tahu.. itulah wajahku disaat itu.

Nampaknya, esok sekali lagi, aku keseorangan membawa Idris ke HKL. Berat rasa hati bila Abahnya terpaksa outstation. Tak dirancang, itulah jadinya. Dalam hati, ada juga rasa syahdu, tidak pedulikah Abah pada Idris, tapi aku yakin, bukan itu niat Abahnya. Nak ditunda sekali lagi pun, janjitemu ini dah ditunda. Sepatutnya bulan lalu, tapi disebabkan aku masih dalam pantang, aku mengubahnya. Tak mengapalah, aku yakin, aku sendiri boleh menguruskan Idris.

Mungkin melihat kesugulan wajahku, Abahnya tiba-tiba membuat percaturan baru. Padaku, dia datang. Mula-mula dia diam. Termenung. Kemudian, disisiku dia memilih untuk melabuhkan punggungnya. Aku cuma diam, hati masih 'terusik' bila dia katakan dia outstation tadi, sedangkan sudah sebulan aku berpesan padanya, di PDAnya aku setkan schedulenya. Rasanya, sudah seminggu PDAnya memberi alert mengenai perkara itu. Di Facebook juga. Alasan lupa atau nak buat macam mana memang aku tak nak dengar buat masa ini.

"Abang rasa, esok Abang follow Sue ke HKL, kita tengok macam mana. Kalau by 11 Idris tak jumpa Doktor lagi, Abang challow naik cab ke KL Sentral" aku rasa jawapan itu lebih melegakanku. Aku setuju. Sekurang-kurangnya, Abahnya menunjukkan sedikit kesungguhan mengenai Idris.

Mungkin, pada Abahnya, yang penting salah seorang dari kami harus membawa Idris ke HKL - itu sudah cukup OK baginya. Sedangkan, bagi aku. Aku inginkan dia bersamaku, berjumpa dengan doktor. Penerangan yang doktor berikan padaku, sama sekali tidak sama dengan penerangan yang akan aku sampaikan padanya kelak. Tapi, lelaki. Biasalah, semuanya nak ambil mudah. Nak kata dia tak bersungguh, aku tahu dia bersungguh. Cuma kadang-kala, suka ambil mudah. Nak buat macam mana, sebab dia dah ditakdirkan menjadi seorang insan bergelar lelaki.

Dan, Idris. Esok kita jumpa Doktor yer.. Janji pada Mama, jangan menangis dan be have!

Idris - gambar yang Mama rakamkan semasa kali terakhir appoinment di HKL. 2 kali kena ambil darah, untuk 2 ujian yang berbeza. Mama masih ingat tangis Idris, kesakitan. Tapi, macam selalu Mama pesan, Idris anak yang kuat. Idris anak yang pintar. Kan?

Dan, Mama. Walau apa sekalipun outcome yang Doktor cakap esok, Mama dah prepare awal-awal untuk mendengar dan terimanya dari sudut positif sahaja. Mama akan selalu ingat, Allah jadikan sesuatu perkara itu kerana ada baik dan buruknya, dan Mama lebih cenderng untuk berfikir dari sudut positif sahaja. Insya Allah.

Dear self, be strong! Caiyok!

6 comments:

Jiey^Mien said...

Setuju Mama Idris!! Apa sekali pun, lihat dari sudut positif.. =)

Part abah Idris tu, lagiiii la setuju!! Ayoh Ian pun gitu.. "Aikkk.. Mgg lepas dah wat physio. Takkan mgg ni nak gi lagi??"

Pastu bini dio pom tarik la muko.. "Ang ingt, physio ni cam appmnt Dr., sekali sebulan ke??"

IrinaSairah said...

yup, think positive..n b positvie...

Sutera Batik said...

Doakan semua yg terbaik...

Leen Die said...

Utk put sabar yer..betul ckp semu atue think positif..untuk Idris be gud boy bila wat ujian ngan doktor..Idris kan good boy..mcm kata mama idris kat idris :p

n://selalu tiap2 pagi ckp kat Rayyan bila nak antar umah bbsitter Rayyan be good boy k, dont notty2, ummi n abah go to work..cari duit utk Rayyan petang ummi n abah datang ambik k..

nasaoji said...

to mama idris..;

TABAH ats sgalanya....

~Puteri-Nuur~ said...

[Jiey]
Para suami/ayah ni memang deria rasa diaorang kurang skets kepekaannya, kadang-kadang naik geram.