Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

03/04/2009

I can easily forgive, but not to forget!

Dahulu, aku pernah bersahabat. Dengan dia.

Dia pernah menjadi sahabatku, teman aku meluah kisah suka duka. Dia pernah menghiasi indah zaman remajaku bersama Lily, Lina, Linda, Mc No, Iyi, Teku dan ramai lagi. Aku pernah menganggapnya tak kurang seperti saudara sendiri. Aku kenal Uminya, keluarganya. Dia juga begitu.

Namun, aku terduduk dan berhenti menganggapnya sebagai seorang sahabat apabila dia 'membunuhku' dari belakang, di kala aku sangat-sangat memerlukan seseorang bergelar sahabat. Mulai detik itu, aku padam namanya dari manusia aku bergelar sahabat. Padanya, aku sangat kecewa.

Bertahun aku memadam namanya dari ingatanku, sesekali aku teringin menemuinya, berkongsi cerita seperti selayaknya kami. Mungkin dia sudah berumahtangga, mempunyai cahaya mata dan mungkin juga ingin menemuinya. Aku ingin sekali berkongsi rasa gembira bergelar 'mama' dengannya. Aku ingin sekali memeluknya dan memberitahu dia, agar sentiasa tabah sewaktu dia kehilangan Umminya sedikit masa dahulu, kerana aku juga telah melaluinya sedikit masa dahulu. Aku tahu betapa peritnya rasa itu.

Namun, rasa itu mati, bila aku terkenangkan apa yang terjadi. Tak adil, bukan? Sekali tersilap, aku dan hatiku terpaksa menghukum dia hingga sejauh ini.

*
*
*

Untuk dia, aku tahu kamu membaca luahan ini.

Kalau ingin sekali terusan menjadi silent reader di laman ini, aku izinkan. Teruskan membaca catatan perjalanan aku sebagai seorang ibu, isteri dan sahabat. Terima kasih di atas SMS-SMS yang dikirimkan. Mungkin jawapan yang kamu terima dariku sungguh mengecewakan, kerana itu gambaran hatiku terhadap kamu.

Terlajak perahu, boleh diundur,
Terlajak kata, buruk padahnya.

I can easily forgive, but not to forget.

*
*
*

Dan ini, aku temui dari 'arkib purba' :)

Lily, PakCu, Aku & Fikri : Mereka menghiasi hari-hari remajaku ;-)

Lily : Sahabat yang baik ibarat harta yang tak ternilai untuk kita ;-) Terima kasih kerana masih disini bersamaku



8 comments:

Baby Tiger said...

i used to have a bestfriend, but she betrayed our friendship. and it hurts a lot..

sampai hari ni, perasaan "tak bagus" tu masih ada dalam hati..

eMMe said...

put, sahabat bergumbira mudah ditemui
sahabat bercedeh, payah ditemui
sebab pe?
time snang, nak bersama, bile time susah cabot lari,
bahaya wooo, hati2 la bila mencari teman...baik kite dgn abe kite
kan..kan..hehehe...

~Puteri-Nuur~ said...

Anim,
Nak mencari sahabat ni susah. Kecik hati sangat dengan dia, sanggup dia tikam dari belakang, di masa kita perlukan dia sangat-sangat. Oleh itu, kita maintain apa yang kita ada sekarang - sisterhood ;)

eMMe,
Dengan 'cik abg' plak.. sekarang ni (especially ko la) memang la tengah indah, zaman-zaman darah manis ni.. hehehhe, aku doakan ko sentiasa rasa macam tu.. even slps kawin pun. Tapi, adatlah.. bila dah kahwin kalau ada gaduh situ sini, itulah baru mesra ;)

nasaoji said...

betui aper yg kak put tuliskan...nak2, klu kene kat kt, kt ni jenis dendam..aduhai..amat tak slesa prasaan itu.. ;(

nasaoji said...

betui aper yg kak put tuliskan...nak2, klu kene kat kt, kt ni jenis dendam..aduhai..amat tak slesa prasaan itu.. ;(

nasaoji said...

betui aper yg kak put tuliskan...nak2, klu kene kat kt, kt ni jenis dendam..aduhai..amat tak slesa prasaan itu.. ;(

Watie Aziz said...

nuur, i pun pernah kena betray ngan my best friend kat UTM, happend masa we all dah habis study, sedih bila ingat balik, but i tak nak pikir sgt coz apa dia buat pd i dan my other friend agak mendukacitakan ..best friend takkan buat cam tuh ..i pun tak tahu apa citer dia skang..dah ada anak ker blum, i pun tak tahu..coz i tak contact dia sejak kejadian tuh ..i simpan msg dia dlm phone lama & setiap kali baca, sakit betul rasa hati sebab dia my really best friend kat UTM .. i terus padam coz malas nak ingat2 ..

btw, wahh ..lain betul Lily masa sekolah ngan skang yerk..ehhehe...gebu sesangat ..gerammmm...jgn marah Lilym gurau2 tau!

Anonymous said...

I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!

Sorry for offtopic