Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

02/04/2009

Dan, mereka kembali ceria

Semalam, Idris dan Sophia tak berapa sihat. Bimbang sungguh dibuatnya. Semalam juga, aku panaskan murtabak raja yang Cik bawa khas dari Kelantan, uh.. sungguh sedap sungguh. Sebabkan rasanya yang sedap itu, aku cuba suapkan sedikit pada Idris. Biar dia rasa, banyak lagi makanan sedap dalam donia ni selain dari susu dia itu. Suapan pertama, Idris cuba makan. Macam biasa. Nampak dia macam OK, aku bagi dia suapan kedua. Tapi, Idris menolak. Mulutnya dia tutup rapat-rapat. Kepalanya digeleng laju-laju. Kiri dan kanan. Aku akhirnya mengalah. Memang Idris susah nak makan.

Tapi, selepas setengah jam, aku tengok Idris resah gelisah. Dia garu kepala, dia garu mata, dia garu lengan, dia garu peha dan dia garu kakinya. Mulanya aku pehatikan sahaja, mungkin dia kepanasan. Aku turunkan suhu aircond, biar dia selesa. Mungkin cuaca tengahari semalam yang terik buat dia 'cair', almaklumlah memang kepantangan Idris, dia tak boleh tahan dengan cuaca panas. Tapi, tiba-tiba waktu Idris angkat muka pandang aku.. aku terpekik!

Ada lingkaran merah ungu pada bawah matanya. Dileher, lengan dan peha juga ada merah-merah. Aku tanggalkan pakaian dan lampinnya, aku cepat-cepat bawa dan rendam Idris dalam bath tub. Sah! Idris allergic lagi!

Panik aku dibuatnya.. aku takut Idris susah untuk bernafas je, sebab bila dia terkena alergik, salah satu tandanya selepas merah-merah dia akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mungkin juga muntah-muntah.

Selepas setengah jam direndam dalam bath tub, barulah merah-merah diseluruh badan Idris surut. Idris pun barulah nampak kurang tergaru ke sana, ke mari. Aku keluarkan dia dari bath tub, dia macam biasa sengih-sengih, terlompat-lompat happynya. Tapi, dalam hati Mama ni masih cuak. Sangat-sangat. Aku andaikan ada kandungan di dalam murtabak yang buatkan badan Idris tak sesuai menerimanya. Telur, mungkin?

Idris : gambar kurang jelas, diambil semasa menunggu giliran di klinik. Kesian anak mama :(

Kisah anak dara Mama plak, masih lagi sukar dengan aktiviti pembuangannya. Kesian Sophia. Semalam juga, dua-dua aku bawa ke klinik. Selepas maghrib. Nasib baik Bibik Imah ada kat sini, dialah yang pegangkan Sophia. Si Idris pulak, masa dalam kereta dia dah independant, duduk kat dalam car seat sensorang, dan bila sampai di klinik Bibik Zumro yang uruskan dia.

Bibik Imah & Bibik Zumro

Malam ini, kami jumpa seorang doktor India. Sangat ramah. Mula-mula dia membuat permeriksaan ke atas Idris. Bila aku cerita pasal Idris pernah kena allergic sebab telur, dia cakap rasanya bukan telur yang punya sebab, tapi benda lain. Benda lain lagi? Kami membuat kesimpulan, mungkin kali ini Idris allergic terhadap minyak sapi. Mungkinkah? Logik ke?

Sophia : jakun, kali pertama seumur hidupnya keluar dari rumah ;-)

Sophia pula, kata doktor bukan masalah susunya, cuma kadang-kadang baby memang macam tu. Hmmm.. aku pun hairan, tapi atas nasihat doktor, aku 'cairkan' susunya. Dan semalam, mereka berdua berpakat tak buat perangai. Idris pulang sahaja dari klinik terus tidur lena hingga ke siang, begitu juga Sophia. Merengek bila waktu susu sahaja. Lega mama.

'Oh, baby you baru sebulan? Seriously, dia nampak macam budak umur 3 bulan' kata doktor sebelum Sophia keluar semalam. Ya, anak saya memang mature ;-)

Oh! Lupa. My fave. nephew is in town now :D YEAY!
Tun & Idris @ Noodle Station, Alamanda.

Sebab itu juga, kami bertiga (read:Aku, Tun & Idris) terlekat di Alamanda hari ini. Idris bukan main lagi gembira, ibarat orang ketemu kekasih hati sewaktu terpandangkan Abang Longnya buat pertama kali. (Abang Long adalah nama rasmi Tun untuk adik-adik sepupu). Oh, hari ini juga, aku sengaja 'test drive' jawatan supir untuk aku. Hehehe, Tun ni baru dapat lesen P, seronok WanSue dia yang seorang ini make full use of him now. (Untung, dia boleh jagakan Idris, dia boleh jadi supirku jua). Pengerasnya, WanSue dia belanja la makan. Hahahaha, murah serta menguntungkan, betul tak?

Dan, Sophiaku. Hari ini dia kembali 'normal'. Jam 6 tadi, dia sudah kembali 'membuang' dengan normal. Lega sangat pabila semua benda kembali kepada normal, kembali kepada titik asal.

Sophiaku : Senyumanmu suatu azimat

p/s: Sangat-sangat terkilan sebab terlepas pandang dengan entry Mama Ian mengenai talk malam ini kat Petaling Jaya. Mommy Lyna ; thanks sebab forwardkan nombor Jiey, tapi Jiey gagal dihubungi juga.

11 comments:

Jiey^Mien said...

Put, bakpo gagal dihubunginyo? Phone on jah all the time..

Jiey pun ado email Put bg no. tepon smlm, mitok call jiey..

Smlm mmg ado kosong lagi.. Ado jah ore walk in..

P/s - Walaupun tok samo dgn Douglas Doman, nnt jiey wak brown bag session la deh.. =)

nasaoji said...

kiter cuak bc idris alergic tuh..;(

mujur kembli ok...

~Puteri-Nuur~ said...

Jiey,
Tak dop rezeki :(
Nanti buat brown bag session deh..

Odah,
Idris ni memang dari lahir lagi kulit dia memang lokek. susahlah mamanya nak kasi makan pape pun, tapi dia kena cuba makan, so that kulit dia will get used.

Baby Tiger said...

kak put.. tun dah jadi anak bujang..ensem lak tu..teringat masa bawa dia gi jalan2 kat klcc..heehhehe

~Puteri-Nuur~ said...

Anim,
Budak itu sudah besar ;) dan tak tahan sebab ramai sangat peminatnya. Time flies really fast, ntah-ntah tak lama lagi, ko akan komen yang sama kat page KakPut 'KakPut, Idris dah jadi anak bujang!' LOL!

cik r33n said...

sian idris.. cpt sembuh yea dear.

ya ampun, tak bley thn ler tgk sophia ni, rs nk geget jer.hikS!

kak ja said...

Tumpang bersyukur anak2 Nuur dah kembali sihat dan ceria..

Tp kja nak advise skit, Nuur jgn kecik ati.. Bukannya apa, kja rasa elok Nuur 'berpantang' lama skit.. esp bab dukung-mendukung ni.. Kekdg benda tu kita rasa kita larat dan mampu buat, tp sebenarnya kita tak sedar mendtgkan mudharat pd kita.. Kja tak nak Nuur jd mcm kja skg..

Take care, k? N kiss2 anak2 Nuur utk kja..

Norizah Ibrahim said...

mmg bb kak put mature..hehehhe...
sejibik cam muka ayahnyaaaa....
oppsss....mama put jgn jeles eekkk...

=))

p/s : BB Dania izah pun cenderung mengikut rupa ayahnyaaaa...

~Puteri-Nuur~ said...

[KakJa]
Tak marah, malah gembira dapat nasihat dari seorang kakak :) Paduka Bondaku pun begitu juga KakJa, dia marah-marah & henti dok bercerita the consequences kalau Nuur tak 'berpantang' ini.

Bab dukung mendukung, I can't resist la bila Idris merengek, minta didukung. Selalu dalam hati bimbang kalau Idris terasa hati, bimbang dia ingat Mama tak sayang dia bila dah dapat Sophia.

Bab makan memakan, pun I can't resist. Hehehehe, sebab suka makan, tapi insya allah nak berpantang semula dah ni ;-)

Thanks Kak Ja, atas nasihat tuh :D

~Puteri-Nuur~ said...

[Izah]

Walaupun didalam hatiku terasa jealous yang membunga, tapi kata orang-orang tua, anak perempuan kalau ikut muka ayah - sejuk. Atas dasar itu, Mama rela ;-) BB Dania sangat shweeet.. pandai posing ;-)

Juliana Latif said...

comeynye sophia...geram!!