Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

30/03/2009

Wajah kesayangan hamba ;-)

Sudah 46 hari menjalani tempoh berpantang, dan dalam tempoh itu juga hatiku berbunga ceria. Iya, aku sudah bergelar ibu kepada sepasang Megat dan Puteri dan iya, aku juga 'berjoli' sakan sepanjang tempoh 46 hari aku berada di rumah. Bukan sahaja dengan anak-anak, tapi juga dengan ibu tercinta dan akhir-akhir ini dengan abah mertuaku pula yang menemani kami anak beranak.
... si abang, a.k.a Lope Idris...
Sudah 46 hari aku bersama Supermanku ini. Kata suami, superman orang lain bersungguh-sungguh belajar untuk terbang, tapi superman kami baru belajar untuk merangkak dan berdiri. Tak mengapa sayang. Orang kelantan cakap 'hero tok gaduh' , lambat tak mengapa asal dapat. Janji anak Mama sanggup berusaha dan berlatih setiap hari, kalau tak dengan Mama pun, Idris ada Bibik untuk bantu, dan akhir-akhir ini Mama bangga sebab Idris berlatih all by yourself. Caiyok Idris!
... si adik a.k.a yang sophia ...
Dan, sudah 46 hari juga Mama bersama anak kecil ini. Mama suka bau dia. Bau baby. Tengoklah pipi dia, makin semangat. Tak putus-putus orang kata muka Sophia celup muka Abahnya, ada lagi ke muka Abahnya? Bukan dah berubah ke sket-sket dah jadi muka orang lain? *mode jealous dengan hubby* Sophia juga dah pandai demand, setiap hari bekerja, bila jam 9 malam ke atas, mulalah dia akan menangis.

Bila Mama angkat dodoi, dia masih menangis. Bila Mama susukan, dia masih menangis. Bila Mama nyanyi & zikir semua lagu yang Mama tahu (..dan sampai serak-serak suara Mama pun), dia masih menangis. Mama mati akal, rupanya bila Abah dia ambil dan dodoi, tak sampai lima minit dia dah tidur. Mula-mula aku ingat hanya kebetulan, tapi dua-tiga malam selepas itu dan hingga ke hari ini pun, dia masih macam tu. Memang betullah anak Abah!

13 April nanti, bermula semulalah jadual bangun pagi dan episod terkejar-kejar ke pejabat. Macam dulu-dulu dan aku pasti, wajah-wajah kesayangan hamba ini akan membuatkan aku tak lekat duduk di pejabat, meronta ingin pulang.

Idris & Sophia, Mama sayang korang. Sangat-sangat!

6 comments:

Baby Tiger said...

huhu anak abah!! manja dengan abah ek..

ok la tu, idris manja ngan kak put, sophia lak dengan abg is..

Jiey^Mien said...

Ohh.. Hamba juga sayang banget sama wajah2 ini..

Idris, meh nga Mama Jiey meh.. Pah nok dukung Sophia pulok.. Mama Jiey rindu bau baby.. Abe Ian besar doh etek.. Bau jebak ore klatey kato.. :P

~Puteri-Nuur~ said...

Anim,
Memang dia 'truly' anak Abg Is!! (Mama jealous!)

Jiey,
Nanti kita arrange date untuk anak-anak ini ;-) Mesti Idris nak juga jumpa Ian (tak tahulah masa jumpa Idris ni layan ke tak Ian. heheheh)

cik r33n said...

cikr33n pun syg mereka juge.:-)

nasaoji said...

aura keibuan sis ttb msuk lam diri inih..;p

~Puteri-Nuur~ said...

Cik R33n,
Anak-anak ini tiada dosa, muka diaorang suci bersih. Nanti yang dalam perut tu dah meletup keluar, rasai dan nikmatilah pengalaman menjadi seorang ibu. Sungguh menakjubkan!

Odah,
Aura tu ada dalam diri setiap bergelar perempuan ;) Nanti, tiba masa, Odah akan rasa juga. Insya Allah.