Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

19/03/2009

Anugerah Allah

Semenjak mengetahui mengenai Amir Yusuf, aku seperti kehilangan 'bisa' untuk menulis. Bukan aku sudah ketandusan idea, tetapi anakanda Amir Yusuf banyak mengajar aku erti syukur dengan apa yang aku ada hari ini. Dahulu, pernah terdetik dalam hati ini, mengapa ujian ini diberikan untuk aku, jenuh aku mencari dimana salah dan silapnya, rupanya ujian ini satu anugerah yang terindah.

Kata Cik, Allah menurunkan kita sesuatu ujian itu kerana Dia tahu kita mampu menempuhnya. Begitu juga dengan Cik dan Aboh, abangku Uda seorang yang lumpuh. Namun, dia pernah memiliki kesempurnaan sama seperti kanak-kanak lain sehinggalah usianya mencecah 15 tahun. Tiba-tiba, dia menjadi lumpuh. Selama 10 tahun Cik dan Aboh menjaganya. Tanpa sebarang sungutan, dengan penuh keikhlasan. Kata Cik, Cik tak putus berdoa untuk kesejahteraan Uda kala itu, kerna janji Allah, doa ibu itu berkat.

Arwah Megat Aznan bin Megat Ramli
8 April 1972 - 15 September 1995

Apa yang Cik doakan, agar diberikan yang terbaik untuk Uda. Kala itu, air mata Cik sudah kering, namun semangat yang kental menemani Cik. Berusaha menjaga Uda. Bayangkan bagaimana untuk mengurusi keperluan seorang anak lelaki yang berusia 15 tahun, yang hanya berupaya bertutur dan memandang sahaja. Segala fungsi pada badan Uda sama lumpuh. Tabahnya Cik menghadapi detik itu.

Dan, kerana itu jua doa Cik disahut. Doa Cik hanya terbaik untuk Uda, terjawab. Tanggal 15 September 1995, Uda dijemput pulang olehNya. Kala itu, kata Cik air matanya telah kering. Cik tahu itu yang terbaik untuk Uda. Cik biarkan dia pergi. Berbulan lamanya Cik seperti hilang arah. Terjaga tiap jam dan bangun menjenguk ke katil Uda. Dan yang tinggal hanya katil kosong. Kala itu, Cik menangis. Ibu mana tak rindukan anaknya. Besar sungguh kasih ibu, kasih ibu yang membawa ke syurga. Hingga ke hari ini, ubat-ubatan yang Uda makan, masih ada di rumah kami, satu almari. Cik tak ingin mengusiknya, atau mengalihnya. Kata Cik, cuma rindu ini yang ada untuk Cik simpan. Al-fatihah untuk Arwah Uda.

Dan kini, giliranku. Aku dikurniakan anak secomel dan seistimewa Megat Idris Naquiyuddin.

Aku berbangga memiliki Idris dalam hidupku, malah Idris adalah yang terbaik pernah aku miliki sepanjang kehidupanku. Idris dihantar kepadaku olehNya selepas 3 tahun kami mendirikan rumah tangga. Sungguh, aku dan suami tersangat gembira, kami bersujud syukur, kami melunaskan nazar yang dijanjikan. Kami sangat-sangat rasa bertuah kerana diberi peluang untuk bergelar mama dan abah.

Sewaktu kelahiran, aku tidak mengalami sebarang komplikasi. Idris lahir sempurna tanggal 12 April 2007. Kehadiran Idris mengundang bahagia dalam hidup kami berdua, kebahagiaan yang tidak pernah kami kecapi sebelum ini. Melihat pada matanya, senyumnya dan tawanya membentuk satu rasa bahagia dalam jiwa, dalam hati. Terima kasih Idris kerana meminjamkan mama kebahagiaan ini yang mama tak mampu beli dari mana-mana sekalipun. Kebahagiaan yang mam tak mampu bayar dengan sebanyak mana harta di dunia ini.

Kini, usia Idris bakal menjangkau angka 2. Seusia Idris 8 bulan, dia telah menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur. Dari sana, doktor pakar perubatan kanak-kanak telah mengesahkan Idris menghidapi Autism (Mild) dan Global Developmental Delay (GDD) yang mana ianya memberikan kesan ke atas perlakuan Idris yang suka membuat perlakuan yang berulang, dia juga tidak takut kepada kesakitan, tidak suka dipeluk, suka mengelak untuk mempunyai eyes contact dengan orang, dan suka bersendiri. Itulah Idris.

Padaku,Idris masih seperti bayi, Idris cuma mampu melakukan apa yang bayi berusia 7 bulan lakukan, mengangkat kepala dan berguling-guling ke kanan dan ke kiri. Namun, padaku itu sudah cukup membahagiakan jika dibandingkan dengan anak-anak lain. Mengikut kata doktor, kanak-kanak di peringkat ini tidak mampu mentafsir kata-kata orang-orang disekeliling terhadapnya, namun aku rasakan itu silap. Idris tidak begitu.

Dia faham dengan bahasa yang aku tuturi. Dia faham dengan bahasa badanku terhadapnya dan kadang kala Idris memahami dengan renungan mataku cuma dia mampu mentafsir. Mungkin hubungan antara ibu dan anak terlalu bonding. Walau apa sekalipun yang pakar perubatan katakan, aku mendidik dan melatih Idris dengan caraku tersendiri. Aku yakin, kesungguhan seorang ibu, kegigihan dan sentuhan aku mampu mencipta suatu keajaiaban kepadanya dengan diiringi doa yang tak pernah putus padaNya.

Hidup ini jangan sentiasa mendongak ke atas, kerana kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada, tapi menunduklah ke bawah dan belajar erti syukur dengan apa yang dimiliki berbanding dengan orang lain.

video
Saja ingin berkongsi, inilah Idrisku. Sewaktu video ini dirakam, Idris masih belum bergelar abang. Berulangkali aku tonton. Sungguh menghiburkan tatkala Idris memanggil namaku. Hanya dari bibir kecil Idris yang mampu menghantar getar bahagia ini tatkala dia memanggil 'mama'. Ajaib, bukan?

11 comments:

kak ja said...

Idris anak yg hebat..

Mama dan Papa dia pun hebat.. sgt hebat!!

NaD said...

comel sangat la idris ni. dah besar mesti handsome gila ni..

InsyaAllah... idris akan membesar jadi anak yg pintar.. yg akan membahagiakan mama dan abahnya. :)

Amalina said...

Salam puteri, saya suka entri ni. U r a great n loving mom.

IrinaSairah said...

Kak Put,
Betul kan...Tuhan turunkan dugaan kat kita kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya...
Hanya ayat ni yang dapat kuatkan semangat ina...ina harap Kak Put akan lebih tabah..chayok Kak Put...

MRS. K said...

mother's love never ends..

Baby Tiger said...

insyaallah.. idris akan jadi budak paling pintar nanti..

Juliana Latif said...

rindunya cik jue kt idris yg manja...tak sabar nk tgk baby sophia...jadi abg yg baik k idris...

cik r33n said...

kite doakan kebahagiaan sentiasa dgn akak sekeluarga.

Puteri Nuur At- Terawis said...

Kak Ja,
Terima kasih kat Idris, dia yang menjadikan Mama dan Abahnya kuat. Demi Idris ;)

Cik Nad,
Insya Allah. Itulah doa dari semua orang bergelar ibu untuk anaknya.

Amal,
Thanks. You too, a great and strong mother. Hugs to Afiqah.

Ina,
Betul, ayat itu yang buat kita jadi lebih cekal untuk menghadapi hari mendatang. Insya Allah, KakPut akan lakukan yang terbaik.

Mrs. K,
Indeed. Thanks for dropping by.

Anim,
I'm praying hard for it to be happen. Amin.

Jue,
Kalau Idris boleh bercakap, I'm sure he'll say abt the same thing to you ;) Mesti Idris pun rindu nak jumpa Cik Jue & anak dara Cik Jue yang cun ituw..

Cik Reen,
Terima kasih, doalah yang paling KakPut harapkan sekarang ni.

Watie Aziz said...

nuur, i can really see that u & hubby sgt tabah ..salute u ..

if u really take care & treat idris like normal kids,(meaning that u tak terlalu risaukan perkembangan dia sampai menjejaskan perkara2 penting yg lain) i yakin perkembangan idris akan jauh lebih baik dr kanak2 seusianya yg ada masalah yg sama ..

i can see that u treat idris very well, teach him in ur own way & it really works..keep it up dear!!

-mamamia- said...

Hai Adik Puteri,

Akak terbaca blog adik semasa google nama kawan lama akak, rupa-rupanya kawan lama akak tu abang kesayangan adik yg telahpun tiada. Kali terakhir akak berhubung dgn Arwah Nan pada awal 90-an. Dulu kami sama-sama sekolah rendah di Kuantan. Masa tu adik Puteri baru lahir. Selepas sek rendah, kami terputus hubungan sehinggalah bila Arwah sakit, dia tulis surat selepas dia dapat alamat akak dari cousin Puteri, Anis (juga kawan akak). Memang kami selalu berutus surat kadang dia telefon kalau akak cuti. Selepas beberapa thn, tulisannya semakin sukar dibaca sehinggalah suatu hari, dia call katanya tak boleh tulis surat lagi. Bercakap di telefon pun adiknya tolong pegang gagang telefon. Akak sedih sangat. Nak pergi melawat, dia tak bagi. Katanya tak mahu menyusahkan org. Kemudian kami terputus hubungan. Masa akak di kampus, ada org tak dikenali dtg pada akak, cakap arwah kirim salam dan dia sedang tenat. Akak tak tahu nak buat apa. Menyesal sebab tak melawat arwah dulu. Sehinggalah pagi tadi, tiba2 teringat pada dia dan akak Google namanya. Dia kawan yg sgt baik. Masa di sekolah dulu, dia gila bola. Team favourite Juventus dan minat Paolo Rossi. Dia left-handed dan hensem. Masa di sekolah dulu,budak2 perempuan ramai admire dia. Akak salah sorang kot:) Arwah memang sihat walafiat masa kecil. Tiba2 saja jatuh sakit. Bila akak tanya, sakit apa? Dia kata lepas main bola, kaki dia tiba2 sakit dan terus lumpuh. Tapi walaupun sakit, dia tetap ceria, positif, selalu beri nasihat & bergurau mcam biasa. Adik Puteri, nanti kirim salam pada ibu adik ya. Jaga Idris baik2. Byk2 kan bersabar & redha. Ingat, things happen for a reason. Pasti ada hikmah yg tersembunyi. Only Allah knows.

Akak nak share kisah akak pulak sebab akak tengok, adik risau sgt dgn Idris. Anak lelaki akak, Adam, masa dlm kandungan, doktor suruh abort kerana disyaki akan mengalami brain damage tapi akak redha & teruskan. Akak sanggup terima apa saja yg Allah beri. Dah siap survey pusat jagaan & treatment utk down sindrome. Hari2 akak doa, jgn dicacatkan otaknya, biarlah pada anggota lain seperti tangan dan kaki pun tak apa. Allah Maha Mendengar, anak akak lahir istimewa dgn tambahan 4 jari. Semuanya 24 jari dia. Dia juga lambat bercakap & berjalan, dan selalu kena sawan dan lelah tapi fizikalnya ok, sentiasa over-weight. Akak tak putus2 berubat dan Alhamdulillah dia dah mcm budak2 lain. Akak tak paksa dia belajar. Biarkan saja dia buat apa yg dia suka asal dia happy, main robot & tengok kartun. Periksa di sekolah pun kelas akhir nombor 30 dan tak tahu baca ABC pun masa darjah 1. Memang stress bila org asik compare dia dgn budak2 lain sebab fizikalnya ok tapi perangainya mcm budak kecik lagi. Akak beri dia laptop, hari2 kerjanya menggodek internet main game & youtube. Tiba2 thn lepas dia boleh membaca, dapat nombor 3, puasa penuh dan report card pun dah mula biru. Dia cakap dia nak jadi jurutera buat robot. Alhamdulillah... sebagai ibu, jgn putus asa. Ini baru dugaan kecil.