Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/03/2009

Pemulihan Dalam Komuniti

Sepatutnya, esok aku dan suami akan menghadiri mesyuarat ibubapa di Precint 14, namun SMS sebentar tadi membantutkan hasratku. Mesyuarat dibatalkan. Ada sedikit rasa hampa. Dalam hati, aku tak sabar untuk mengenali ibubapa lain yang punyai anak-anak istimewa. Aku tahu, ibubapa-ibubapa yang bakal aku temui nanti adalah manusia-manusia yang tabah dan kuat. Aku ingin sekali mengenali mereka, dan meminjam kekuatan mereka dalam membimbing anak kesayangan kami.

Mengikut perancangan, Idris akan aku hantar ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Dua minggu lalu, aku berterima kasih kepada suami kerana mengambil cuti bagi menguruskan keperluan Idris. Kami bertiga keluar dari rumah seawal pagi. Tujuannya mencari PDK yang sesuai untuk Idris. Sophia terpaksa aku tinggalkan didalam jagaan bibik buat seketika. Sedari dalam perut, aku sudah 'ajar' Sophia untuk menerima abangnya sebagaimana abangnya kini. Aku ingin Sophia tahu, abangnya yang seorang itu sangat istimewa.

Beberapa PDK aku singgahi. Kami suami isteri membuat tinjauan, bukan senang untuk kami melepaskan Idris ke 'sekolah'. Kami perlu menemui guru dan terapi yang akan menjaga Idris, sekiranya Idris dihantar ke PDK mereka, yang pasti kami suami isteri ingin sekali mengetahui secara terperinci mengenai aktiviti seharian Idris disana kelak. Amat berat rasa hati ini meninggalkan Idris pada tangan-tangan asing menjaganya, namun demi kebaikan Idris, aku perlu melawan rasa ini.

PDK Pertama @ Shah Alam
Sewaktu kaki melangkah masuk, aku lihat 3 orang kanak-kanak down-sindrom terbaring di atas lantai. Lantai simen. Kasihan, bukan? Kenapa tidak dialas badan kanak-kanak itu, nanti kesejukan. Itu yang terlintas dalam fikiranku. Sepanjang disana, hati dilanda rasa sebak melihat anak-anak istimewa ini. Manja dan menghiburkan dalam keadaan mereka yang tersendiri. Mungkinkah begitu tanggapan umum pada anakku Idris?

PDK pertama yang aku pergi, keadaannya teramatlah kotor. Malah, pelatihnya juga ramai, sekitar 30 orang dan guru cuma 3 orang. Itupun, guru-guru yang dihantar tidak diberi latihan yang mencukup bagi mengendalikan kanak-kanak istimewa. Bila aku tanyakan ratio seorang guru/terapi, dia mengatakan sepatutnya 1:5, tapi di PDK pertama 1:10! Bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat pertimbangan? Apakah bajet prihatin yang diluluskan oleh kerajaan masih belum mencukupi untuk menampung tenaga mahir membimbing anak-anak istimewa ini?

Dalam hati aku berkata, PDK pertama memang nyata awal-awal lagi kami tolak dari senarai.

"Abang tak sanggup nak tinggalkan Idris kat sini. Dari lepaskan Idris disini, baik tinggalkan di rumah dengan bibik" itu ulasan pertama yang keluar dari mulut suami sewaktu kami meninggalkan perkarangan PDK pertama. Aku juga bersetuju. Sangat-sangat bersetuju.

PDK Kedua @ Shah Alam
PDK kedua kami telusuri. Kami ketemui guru dan terapinya. Keadaan sekeliling agak bersih. Malah, keadaan rumah juga agak menarik. Paling menarik perhatianku kerana terapi muzik disediakan kepada pelatih. Disini, tak ramai yang datang. Mungkin kerana PDK ini milik NGO. Sewaktu kami datang, cuma ada seorang anak comel menyambut. Setelah dirisik, dia juga Austism. Berusia empat tahun, sudah boleh berjalan namun masih belum berkata-kata. Al-hamdulillah, dia mampu memahami apa yang kita suarakan, namun agak takut-takut dengan orang asing seperti kami, namun amat mesra kepada Idris.

PDK Ketiga @ Kajang
Sungguh, PDK Ketiga sangatlah tidak mesra. Sewaktu kami menelefon, katanya 'jangan datang. orang tak ada' Dalam hati kami, menggelegak rasa marah. Sudahlah kami susah payah mencari masa untuk datang, dengan suamiku terpaksa memohon cuti dan aku yang masih belum mencecah usia 40 hari dalam pantang berusaha demi Idris.

Namun, kemarahan itu mengundang kami menemui PDK Keempat @ Putrajaya.

Setibanya kami disini, kami disambut mesra oleh Pengurus pusat ini, namanya Encik Rosman. Orangnya tersangatlah ramah, melihat keramahannya sahaja, sedap hati kami jika Idris ditempatkan disini. Darinya, kami dimaklumkan bahawa, terdapat seramai 6 orang terapi /guru yang ditempatkan di pusat ini yang mana kesemua mereka adalah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bilangan pelatih yang hadir (on average) seramai 20-25 orang. Aku tinjau keadaan sekeliling, luas dan baru. Tampak juga agak bersih. Naluri ibuku terasa sedikit berkeyakinan.

Idris manja diatas dukungan Abah ;-)

Dua perkara yang Encik Rosman maklumi menarik perhatianku :
  • Setiap hari rabu, terapi dari Hospital Putrajaya akan datang dan memberikan terapi yang sesuai kepada kanak-kanak disini mengikut keperluan : Physiotheraphy dan Occupational Theraphy. Malah, majoriti pelatih disini juga adalah terdiri daripada kanak-kanak Austism.
  • Setiap hari Jumaat, tiada kelas untuk pelatih dijalankan. Ini kerana terapi/guru dari PDK ini akan melawat ke rumah-rumah pelatih secara bergilir-gilir.
Anak ini sungguh cantik dia dimataku. Rambutnya panjang mengurai. Dia selalu tersenyum tatkala aku memandangnya. Aku tidak tahu apa istimewanya dia, namun aku gemari senyumannya. Nampak ikhlas, benarlah. Kanak-kanak tiada dosa, bersih.

Aku terasa seperti Allah mempermudahkan urusan Idris buatku. Sebelum ini, aku dan suami berkira-kira untuk mencari rumah di kawasan Shah Alam, kerana kata orang, PDK di Shah Alam itu adalah yang terbaik. Malah, aku juga telah berura-ura untuk bertukar tempat kerja. Semuanya demi Idris. Agak kelam kabut untukku menguruskan Idris memandangkan kelasnya bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari sahaja. Aku juga harus berulang alik dari Seri Kembangan ke Putrajaya 2 kali sehari. Semuanya demi Idris.

Aku juga berkira-kira untuk memanjangkan pengecualian waktu bekerja. Kalau sebelum ini, dalam setiap minggu, aku diberi pengecualian mengambil separuh hari demi membawa Idris menghadiri sesi terapi di Hospital Putrajaya, kini aku harus memohon pengecualian setiap hari isnin hingga khamis untuk keluar lebih awal selama setengah jam bagi menjemput dan menghantar Idris pulang pada waktu tengahari.

Dia adalah keutamaan dalam hidupku kini. Senyum dan tawanya pengubat hati yang sangat indah. Terima kasih Idris kerana hadir menyerikan hidup Mama dan Abah. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Idris.

Pencarian Idris terhenti disini.

p/s: sebenarnya entry ini dah lama ditulis, tapi diperam sebab asyik tak habis-habis dok mengarang ;)

6 comments:

IrinaSairah said...

Ina pun doakan semuanya yang terbaik buat Idris..
Aminn....

Sutera Batik said...

Comey sunggoh idris ni.. Tobak arh.. Gewam aku...

Jiey^Mien said...

Terfikir jugok nok ata Ian gi day care for special needs children.. Tgh dlm pertimbangan.. =)

Baby Tiger said...

:) yeay!! idris gi skola - mesti leh improve punya!!

:)

~Puteri-Nuur~ said...

Ina,
Terima kasih, hanya doa yang mampu KakPut harapkan.

Yani,
Bila nak mari gomol Idris? ;-)

Jiey,
Tiada had umur untuk anak-anak istimewa macam anak-anak kita ni nak masuk day care special ;-) lagi awal, lagi bagus. Cuma pastikan tempatnya betul-betul boleh diharapkan la..

Anim,
Thanks Auntie Anim, Idris is a true fighter, insya Allah Idris akan jadi macam anak-anak lain. Amin. Amin. Amin. Pray hard!

nasaoji said...

ka put..ape keistemewaan idris?...amat tabah jugak kak put n suami...

moga Dia mudahkan kehidupan idris..AMIN..