Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

17/03/2009

Cik, dimana kamu?

Dua malam lepas, Cik pulang ke Bukit Marak. Sophia tercari-cari, dimana pemilik suara yang sentiasa mendodoikannya tidur sedari lahir. Matanya memandangku, kehairanan. Mengapa Mama yang menemaniku?

Cik, dimana kamu?

Mungkin itu yang ada dalam kepala Sophia. Sejak lahir, Cik menjaga semua keperluan Sophia. Bukan aku tak ambil pusing dengan Sophia, tetapi waktu itu, badanku masih lemah. Idris juga menuntut perhatian khusus dariku. Pada Abah dia kurang ingin bersama, hanya pada Bibik dia agak akrab. Itupun, Idris masih mahu Mama mendodoikannya, seperti detik-detik dia belum dikurniakan adik.

Memangdang Sophia kehairanan, aku bisikkan padanya 'Sophia, Cik balik rumah Cik. Kesian Cik, rindukan rumah Cik. Kesian Abang Aus, Abah dia nak masuk hospital nanti. Sophia ada Mama, jangan menangis ye, sayang' Lalu, badan kecil Sophia aku baluti dengan kain batik peninggalan Cik untuknya. Ubat pelepas rindu kata Cik. Untuk Cik jua dibawa pulang sepersalinan Sophia, mungkin menggalas rindu Cik padanya.

Cik pernah bercerita. Memang itu kelemahan Cik, mungkin kelemahan semua wanita bergelar ibu jua. Kata Cik, dahulu, setiap kali anak-anak pulang bercuti dari universiti, Cik gembira bukan kepalang. Cik masakkan makanan kesukaan anak-anaknya, Cik luangi masa bersama-sama kami. Aku juga masih ingat tika Nyah, Yong, Andak dan Teh pulang bercuti waktu mereka masih di alam universiti. Cik tampak gembira.

Dan, tiba waktu mereka pulang semula. Segala kesan jejak anak-anak Cik hapuskan. Cik cuci dan lipat pakaian anak-anak yang ditinggalkan dirumah. Cik hapuskan peninggalan. Kata Cik, Cik rindu anak-anak Cik. Syahdu bukan? Dan kini, penyakit itu berjangkit pula pada cucu-cucunya yang 16 orang cuma. Puteri Mariam Sophia adalah cucu bongsunya, cucu yang dijagainya semenjak dari lahir.

Dan hari ini, usia Sophia menjagkau ke 33 hari. Dari anak matanya, aku lihat dia masih tercari-cari. Tercari-cari wajah yang telah dimakan usia, yang tiap dua jam datang membelainya, tatkala Mama terpaksa memberi perhatian pada Idris. Sophia tercari-cari, kadang kala menangis manja. Terisak-isak. Mungkin dalam hatinya masih kehairanan dan tertanya-tanya..

Cik, dimana kamu?

Sabar Sophia. Tunggu hujung bulan nanti, Cik pasti akan datang lagi bersamamu.

4 comments:

nasaoji said...

cian sophia...tingt mak kat ipoh...first time jg cucu sulung, peh tu, time cucunyer nak blk umh sendiri, mak leh nangis....hurrmm..hati perempuan bgelar ibu/nenek..

cik r33n said...

gelora di dada hanya yg melalui yg tahu kan kak.

♥♥ n.i.s.s.a ♥♥ said...

alamak! nisa ternangis plak baca entry nih...

Puteri Nuur At- Terawis said...

Odah,
Betul tu, tulah naluri seorang ibu, penyayang. Odah bila lagi nak dapat title ni? ;-)

Reen,
Hanya yang melalui sahaja mengerti betapa peritnya. Tapi jangan lihat dari satu sudut sahaja. Allah jadikan sesuatu kejadian itu ada baik dan buruknya.

Nisa,
:-) Orang berada jauh dari keluarga macam tulah. Sabar ye..