Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

07/02/2009

Makcik Lagi...

Seperti yang dirancang, dalam keadaan sarat, Makcik bawa juga Idris ke Physio pada 4 Februari tuh. Demi Idris, Makcik gagahkan jugak, sebab rasanya unfair untuk Idris kalau tak pergi terapi. Semasa sesi terapi, Idris memang beri sepenuh kerjasama. Sangatlah membanggakan tahap kerjasama yang diberikan oleh Idris kali ini.

Idris dan Abahnya semasa sesi warm-up

Idris sedang berlatih dengan pakar terapi dari MasterSkills

Makcik yang tak larat, cuma temankan Idris masa break

Disebabkan Idris begitu bagus, Abahnya bersetuju nak reward anaknya dengan special treat jenjalan kat mall. Makcik tak larat, tapi mengenangkan Idris perlukan suntikan semangat, Makcik gagahkan. Sebab setiap kali lepas terapi, bila Makcik reward dia dengan something he likes, dia akan lebih bersemangat dan bekerjasama dalam sesi seterusnya. Abahnya bawa dia ke KLCC seterusnya santap di Chili's dan cari toys yang sesuai dengan Idris di Toy'R Us. Tapi, sayangnya.. horse riding yang Makcik nak belikan untuk Idris tak sesuai untuk dia.... yet. Nanti, akan ku beli jugak suatu hari ni.. selepas Idris menunjukkan perkembangan lagi.

Idris selepas temankan Makcik di butik Aigner, teman Makcik 'cuci' mata je.. hehehe.

Malam tu, Makcik kesakitan. Contraction kejap-kejap dari jam pukul 8 sampai le pukul 10 malam. Sebab tak tahan sangat, Makcik ajak hasben Makcik ke Ampang Puteri. Segala kelengkapan Makcik, hasbenku, Idris dan adik barunya, Makcik angkut. Penuh satu kereta. Sampai sana, Makcik terus disorong ke labour room. As a result, Makcik tido di labour room satu malam. Sensorang. Contraction memang ada, but very mild. Cuma, sometimes ada la moderate. Idris bermalam dengan bibik di wad. Kesian anak Makcik.

Esoknya, barulah Makcik jumpa Dr. Ariza. Katanya, mengikut graf.. Makcik memang ada contraction, tapi Dr. Ariza heran sebab tak ada 'jalan' yang terbuka. Mengikut amalannya, kalau sakit dah macam tu pada graf, sah-sah 'jalan' tu dah terbuka. Hari tu jugak, Makcik diarahkan untuk buat MRI dan keputusannya, Makcik akan bersalin secara caesarian juga pada 11 Februari 2009 bersamaan 15 Safar 1431 Hijrah untuk melahirkan anak keduaku.

Makcik discharge dari Ampang Puteri pada 7 Februari, readmit semula pada 10 Februari. Kiranya Makcik diberi rehatlah 3 hari nih. Hmmm.. malam tu, sebab dah confirm dah Makcik kena 'potong perut' Makcik pun mengajak la hasben Makcik pergi makan seafood kat Klang. Gler jauh.. tapi, bila Makcik kenangkan selepas ni maybe setahun baru Makcik boleh makan seafood, Makcik pergi jugak malam tu. Perjalanan jauuuuhhhhh... 2 jam setengah baru sampai, itu dah dikira campur dengan jammed la.

Inilah yang kami pesan..

Lala masak pedas

Kailan Ikan Masin

Butter Prawn

Siakap Bakar

Idris yang sedang enjoy makan siakap bakar..

Kami makan dengan bersungguh-sungguh sekali. Dan, apa yang takjubnya.. tersangatlah murah, patutlah orang kata Klang ni seafood's heaven! Malam tu, Makcik balik Seri Kembangan sampai rumah je terus collapse. Sekarang ni, barulah Makcik menghitung hari sesungguhnya..

Doakan 'pemotongan perut' Makcik tak sakit sangat sek sok dan doakan jugalah harapnya Makcik senang nak 'dijaga dan diuruskan' semasa dalam tempoh confinement.

7 comments:

eMMe said...

Put..........selamat bersalin.....
Mudahan2 dipermudahan segala urusanNya....Selamat bercuti!!!
selamat bepantang...heeeee
jaga baby lek lok,
muahs, gonna mish u beb....

Puteri Nuur At- Terawis said...

eMMe,
Aku takut nak kena potong perut kali kedua nih...

Sutera Batik said...

Aku tgk hang makin kurus ar... Awat ar? Ehehe.. X sabar nk tgk baby hang.. Mesti cute cam idris.. Doakan sume slamat...

Puteri Nuur At- Terawis said...

Kurus?

Aku tgh fikir nih.. kurus dalam erti kata sebenar, atau kurus cute.. hahahaha

Aku gain banyak weight.. tgh berdebar nak menjalani tempoh berpantang ni.. harapnya boley turun banyak kilos..

Juliana Latif said...

caesar lagi put?? aku doakan semoanya selamat dan berjalan ngan lancar...banyakkan rehat k..

Juliana Latif said...

put, nk rekomen produk DCL ko mu..jus bidadari ngan inteclease..jus bidadari baik utk menyembuhkan luka pembedahan, utk kesihatan dalaman wanita, beri tenaga, dan mcm2 lagi la utk kebaikan wanita...intecleanse lok utk cuci usus..elok utk mu amalkan semasa pantang nanti...leh turunkan berat badan...aku promote ni sbb produk ni bagus..aku pn guna..nk share la ngan kawan2 lok..kl nk tau lebih lanjut ask me k...gerenti berkesan...aku mmg pakai produk ni..

cik r33n said...

semoga sumernye selamat hendaknye.tak sbr gak ni nk tgk bb kak put.hhuhuh..