Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

25/01/2009

Nasi Berlauk Mokcik Aji

Tarikh: 25 Januari 2009
Masa: Makan pagi
Lokasi: My place @ Seri Kembangan.


Dua tiga hari lepas, ada la berborak dengan Cik pasal Mokcik Aji. Mokcik Aji ni, kakak kepada Cik, merangkap Mak Sedara Makcik la. Masa Makcik kecik-kecik dulu, I used to beli nasi berlauk yang dijual oleh dia di pagi-pagi weekend. Al-maklumlah, cara makan orang Kelantan ni, heavy. Makcik ingat lagi, lauknya simple aje.. tapi tersangatlah sedap. Bukan Makcik aje yang menyetujui nasi berlauk Mokcik Aji ni sedap, tapi hampir keseluruhan sepupu-sepapat Makcik memang melelh air liur la bila teringatkan masakan dan air tangan dia..


Sebab Makcik kepingan sangat, Cik pun masaklah. Makcik siapkan semua raw materials yang diperlukan, Makcik paksa Bibik Zumro ke pasar dengan Makcik. Sampaikan gondollah pokok pisang jiran sebelah rumah Makcik sebab Makcik nak makan nasi bungkus yang dibungkus dalam daun pisang. Cik pun ikutkan aje kehendak Makcik ni.. lesen besar sungguh bila mengandung ni.. dahlah, dapur pun tak jejak kaki. Hehehehe...


Specialnya Nasi Berlauk Mokcik Aji sebab nasi ni dimakan dengan beehoon goreng yang digoreng simple dengan taruk udang kering, cili kering dan sedikit sayur. Makcik tataw kenapa, tapi yummylicious tahap gaban la pada lidah Makcik yang merasa ni.. Inilah rupa beehoon yang Makcik suka ituw...


Bagi melengkapkan 'keindahan' sesi makan di rumah Makcik, Cik menjemput Abe Yoh (sepupu Makcik) datang mai.. dia datang bersama dua orang adiknya, Am dan Aking. Pastu, KakLah (sepupuku jua) datang dengan Abang Zian, Feena dan Zetty. Diaorang ni on the way sebelum hantar Cik Yah (kakak Cik merangkap mak sedara Makcik) ke KLIA, dia nak balik ke KB. Best je kami makan-makan rituw....


Disebelah petangnya, Ayah Sue dan keluarga plak singgah. Tapi, Makcik kelupaan nak amik gambar.. Syok sangat jumpa katakan.

4 comments:

Juliana Latif said...

wah put...sedapnyer...terliur aku dibuatnyer...mu mmg rajin masak la..aku tabik...mu masak mmg sedappp!!!

Puteri Nuur At- Terawis said...

Jue,
Kali ni bukan aku yg masak..aku import dari paduka bonda.. loni lesen besar, tak masak dah.. aku dah 37 weeks, tak larat la weh..

NaD said...

mak aihh..siap bungkus daun pisang taruk getah lagi tuh.. apepun nasi berlauk mmg beshh!!

Puteri Nuur At- Terawis said...

hehehe.. tu la NaD, layan mood orang ngidam.. mana nak jumpa nasi berlauk kat seri kembangan nih..