Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

06/01/2009

Hangat Hati!

Hari ni, memang hari takde ong untuk Makcik.

Makcik memang HOT tahap gaban.

Mungkin bercampur dengan pembawakan budak sekarang ni, rasa temper tuh memang tak boleh dikawal-kawal dah. Bermula dari semalam, anak kesayangan Makcik, buat hal.

Reason being that?

Muka sengal si Idris Naquiyuddin dok sorang-sorang kat rumah

Dia tension, sebab semalam adalah hari pertama persekolahan, yang mana : sepupu-sepupu dia (Read: Kak Long, Abang Jue dan Abang Zul Adz) all of them went to school dan petang pun tak mai singgah jenguk dia. Makcik sampai rumah pukul 6.30 petang, dia asyik dok merengek nak duduk kat atas ribaan Makcik. Fine, takpe.. Sampai la berlarutan ke Maghrib, then.. Abah dia balik pun dia buat benda yang sama.

Pukul 9.30 malam, sepupu-sepupu dia finally datang rumah. Ya Ampun, gumbiranya si Idris tuh.. tergelak-gelak menyanyi. Siap masa Abang Zul Adz datang dekat dia, siap tarik lengan lagi.. pastu gelak-gelak dan golek-golek. 20 minutes later, dengan senangnya dia terlelap. Rindu sangat kot..

Pertemuan yang dinanti.. Abang Jue dan Abang Zul Adz datang jer.. muka terus berubah jadi ceria.

Dok bergurau senda dengan Abang Zul Adz

Pukul 11.30 malam, dia terjaga bila Abah dia angkat naik tido kat bilik. Bila terjaga, mind you.. sampai 3.00 pagi dia berjaga. Bila Mama tido, dia alih pada Abah, bila dua-dua tido.. dia pun Waaaaaa! Nampak sangat dia nak balas dendam sebab siang hari dia dok dengan Bibik jew. Last-last, Idris collapse jugak bila Mama dodoikan, tapi Ya Allah! sungguh la liat untuk ditumpaskan..

Pagi ni, dah sure Mama bangun pening-pening kepala.. macam biasa, jam 7.55 pagi Mama pun pecut la Ikan Kelisa Mama ke Putrajaya. Selalunya, di hari-hari biasa.. Makcik cuma perlukan 20-30 minit sahaja nak sampai ke office. Tetapi, hari ini.. ditakdirkan, adalah seorang polis trafik yang Makcik tataw dia letak kat mana otak dia.. sebab dia 'kawal' traffic, jammed giler!

Reason being that?

Dia tutup satu jalan! Jalan jammed dari traffic light rumah Makcik tuh.. merentasi depan Pasar Borong Selangor hinggalah ke traffic light Jusco Equine Park. Syabas Pakcik Polis kerana membuatkan punch card Makcik merah dan makan sumpah seranah kami selaku driver nih. As a result, Makcik sampai office pukul 8.50 pagi, ha.. amik ko. Punch card pertama kaler merah di tahun 2009!

Melengkapkan hari suwey Makcik, hari ni jugak Makcik dapat surat dari SPA menyatakan, Permohonan Mintak Gaji Makcik masih belum diproses. Masya Allah.. naik maigrain kepala Makcik. Untuk makluman semua kengkawan Makcik, Makcik bertukar ke tempat kerja baru nih pada 09/12/2007, dan Makcik dibayar gaji budak-budak fresh sedangkan Makcik nih.. dah 5 tahun keroje. Paling busuk, gaji Makcik short la dalam RM500 sebulan sekarang neh.. bayangkan, dah setahun lebih Makcik kerja tak dapek lagi.. Makcik hangin!

Call SPA, jawapan macam tenuk!

Call Bahagian HR office neh, diaorang mintak maaf sebab tengah ada kerja urgent. Petang karang baru boleh buat semakan. Nasib baik, cara bercakapnya penuh sopan santun dan lemah lembut. Terima kasih ye Kak Darina. Saya follow up lepas lunch karang.

Hati Makcik masih hot.. tengah dok banyak mengucap nih, calm down..

2 comments:

NaD said...

bawak bersabor yang..

Puteri Nuur said...

*-* sabar ni Cik Nad..
kalau tak sabar, bimbang terberanak terus.. ngeh3x..