Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/01/2009

Breakfast With Idris Naquiyuddin :-)

Date: January 26th, 2009
Time: 9 am - 10.30 am
Location: Idris' Dining Area
Remarks: Breakfast with Mama & Abah

Ada satu masalah yang Makcik hadapi mengenai si Idris ni, masalahnya anak Makcik yang sorang ni tak suka nak makan. Diulangi, tak suka makan. Tapi, badannya tetap bersemangat memandangkan dia kuat minum susu. Buat pengetahuan umum, anak Makcik ni dah berumur 1 tahun 9 bulan dah, tapi dia langsung tak menunjukkan minat pada makanan sebagaimana minat kedua ibubapanya yang begitu mendalam terhadap makanan.

Tengoklah aksinya bila Makcik membuat beberapa cubaan untuk dia makan...

Round pertama: (Setengah jam pertama)
Masa ni Makcik mula-mula kasi dia makan. Duduknya pun betul lagi, tengah excited sebab Makcik pakaikan froggie bib tuh.. Mula-mula makanan masuk mulut, Makcik kasi dia makan wedges.. pastu, baked beans.

Round kedua: (Setengah jam kedua)
Masih behave, Makcik pun masih sabar. Masa ni Idris dah duduk dah senget-senget dah.. kejap ke kiri, kejap ke kanan. Pastu, mula la ketuk-ketuk kerusi dia.. mula-mula sebelah tangan, pastu dua-dua belah tangan.. Dia ketuk atas, dia ketuk bawah..

Round Ketiga: (Final Stage)
Masa ni, rasanya kesabaran Idris dah sampai tahap maksimum dah.. bila Makcik suapkan dia makan, dia mulalah 'burrrrrrrrr' dia semburkan balik semua benda dalam mulut dia kat Makcik, pastu.. muka pun dah jadi semacam dah... mulut pun makin bising, last sekali.. si kecik ni bluek!

Hahahahaha.. Idris, oh Idris...

4 comments:

kak ja said...

Nuur,
Abang pun dulu mcm Idris.. Umur 4 thn baru dia nak makan nasik.. Itu pun siap acah dgn rotan!! Sama mcm Idris, badan dia ttp fit sbb dia kuat minum susu.. Relaxlah Nuur.. Abang dulu kalau suap apa pun dia x makan..Idris dah kira baik dah, nak gak geget2 skit..

Puteri Nuur At- Terawis said...

KakJa,
Lega dengar Abang pun macam tu.. knowing Idris ni agak special, doktor cakap suh ajar-ajar jugak dia makan, biar stimulate sket urat-urat mulut dia.. bimbang kot-ko dia berat mulut sek sok. Itu yang Nuur paksa dia makan.. makan ciput pun amik masa sejam setengah.. nampaknya, weekend je la sempat suapkan dia.. (aduhai, malasnya Mama Idris)

Jiey^Mien said...

Ni stok-stok Ian nih Put.. Keno pakso jgk.. Susu lagi sedih, 3oz jah skali minum.. Beghak tok naik2 since umo 6 buley kot.. Lately jah br selero skek makey..

~Puteri-Nuur~ said...

Jiey,
Memang la malas makan. Masa umur dia 13 bulan dulu, dia makan je porridge tapi sekarang ni semua dia wekkk. Tapi kalau minum susu banyak. Masa kena paksa, 5oz tu steady je abis, masa lapar 7oz tu kacang je lah.

Lain pula cite kalau Mama bawa Idris pegi Chili's. Laju pulak dia makan, especially masa mama kasi makan mushroom and chicken soup.