Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/10/2008

Eid @ UAE

Lamanya makcik berhutang entry dengan blog makcik sendiri.. Panjang explaination dia. Meh makcik ceta satu-satu kenapa makcik lama menyepi.

Seperti yang makcik war-warkan dalam blog makcik terdahulu, kepada semua kawan-kawan yang sudi menziarah laman makcik ni, makcik dan suami makcik serta anak makcik yang kecik tu akan beraya bersama ayah mertua makcik di UAE, lebih tepat di Fujairah.

Al-kisahnya, makcik ke sana la.. sampai sana, makcik yang berbadan dua ni dikurniakan kesihatan yang cukup baik, tapi seribu kali sayang, suami terchenta dan anak makcik, demam panas disebabkan tak tahan dengan suhu panas kat sana. (Mem Aluya, this explain why I didnt call or text you, on top of that, hp saya kena block!Bil melambung tinggi sangat..)

Untuk makluman, makcik raya sehari awal compare to Malaya. Tahun ni, makcik tak semayang sunat aidilfitri pown. Makcik kena jaga anak makcik di rumah, tapi rupanya orang-orang arab ni semayang raya right after subuh, di kawasan open air. Reasonnya, kalau nak tunggu sampai matahari naik macam di malaya tuh, rentung la diaorang. Pastu, sorang je yang baca takbir raya.. yang lain takde follow mempollow macam kita di Malaya, tak meriah la pendek kata.

Ish, makcik malas la nak ceta pasal raya kat sini.. nak kata the worst, tak juga sebab makcik enjoy je duduk lepak kat rumah dengan abah makcik nih. Anak makcik pun bukan main lagi closenya dengan si Tok dia. Siap tido together-gether di malam hari.

Alkisahnya, makcik tak kemana pun datang UAE kecuali di Fujairah la. Gambar pun tak banyak yang ada, sebab makcik asyik dukung si Idris Naquiyuddin ajew. Tak dan dah nak snap gambar. Ada la sekeping dua yang makcik nak share ni.

Takpe la. Maybe lain kali, sampai lagi peluang untuk makcik jalan-jalan di UAE, memandangkan Abah makcik ni lama lagi nak duduk sana.

These are the few pictures untuk kawan-kawan makcik nengok..

Anak makcik dalam bassinet, kesian dia.. kaki terlebih...

My mobile - ETISALAT. Mahal call fr UAE weh.. RM4.50/minit!

My Abah tengah driving - left hand drive, canggung rasanya.

Salah satu masejid.. dah jadi peraturan di UAE, setiap masjid didirikan dalam jarak setiap 300 meter. So, takde alasan untuk tidak bersolat jemaah di masjid. Bagus idea nih...

Bandar Fujairah, kalau ikutkan Abah, ala macam Kota Bharu la tempat nih...

Salah satu jalan kat Fujairah

Kurma yang ditabur kelapa parut. Konfius, sedap ke macam ni?

View dari apartment, construction sana sini di Fujairah. Very dusty, bab hot and dry tu tak yah cakap la..

Berbuka puasa

Idris terpaksa pakai Huggies, sebab kat sini takde Mammy Poko




Aksi Tok dan cucunya..

Suasana hening di pagi raya, si Idris masih terbongkang. Masa ni dah pukul 7 pagi ni...

My Iskandar jadi co-driver, tukang baca map semasa on the way to Abu Dhabi


Padang pasir je yang ada.. terlepas nak amik gambar donkey yang melintas di hi-way.

Hero makcik yang demam.. kesian

3 orang Megat yang sesat di Virgin Record @ City Centre di Hari Raya. Siap pakai baju melayu lagi tuh..

Masa nak naik waterbus, posing dulu. Nasib baik si Idris tak meragam..

Idris memang suka air...

Kesian muka budak demam..

Dubai

Singgah kedai ni nak beli shawl

Iskandar & Abah je la yang pilih shawls dan T-Shirts, makcik sebok dok kendong si budak kecik..

Unta yang suka menynyi khas untuk Ika :)

Makcik belikan kasut yang penuh dengan manik-manik ni.. I likey!

The only gambar kami berempat :)

Finger Licking Good - My Iskandar suka sangat..

Eat all you can eat at only UAD25.. My Iskandar makan 5 pcs, Abah 9 pcs while me pun sama 5 pcs jugaks. Kat sini, diaorang sediakan nasi pulut tuh.. dan takde mash potato..


Fujairah Old Town - castle zaman dahulu kala kat belakang tuh..

Ehem.. ehem.. putera mahkota :)

Us with Tok :)



Idris memang manja dengan Tok


Saat-saat terakhir sebelum berpisah dengan Tok


Duty Free - tak sempat nak posing.. :(

Si Idris dalam mode budak baik.. naik je flight, 5 jam dia nangis tanpa henti.. My Iskandar plak facing respirotory complication, abis pramugara, pramugari panik.. siap kena amik oksigen lagi..

Erks, itu ajew kot bingkisan dari UAE. Next entry, nak citer cerita selepas balik dari UAE plak.