Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

24/07/2008

Idris Naquiyuddin 1st song

video

Kalau memang dah ada dalam darah, memanglah terserlah. Budak at his stage, refer to him, mama rasa agak advance, sebab both mama and abah tak ajar pun gunakan kedua-dua tangan untuk main keyboard. Even dia ketuk-ketuk, tapi rhyme dia btol jugak..

Kemana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

16/07/2008

Happy 5th Birthday, Tun Fauzur Adzim!

14 Julai genap buat Zul Adz umur 5 tahun. Budak ini sangatlah noti. And, sometimes really test my patience. Tapi,dah nama lagi budak.. itulah lagaknya. Hari ni, diaorg saje nak sambut bday kat my place. Diaorang anak beranak je sambut, bukan ajak sesape pun.

Kek Choclate Indulgence dah jadi kek Batman. Suka sangat leh gigit batman..

The Happy Family :)

Zul Adz,
Harapnya Zul Adz jadi anak yang soleh, anak yang dengar kata abah mama. Jangan degil-degil dan jangan selalu sangat nak gi Petronas. Budak ini sungguh banyak autanya nak pegi Petronas dan suka makan sweet sampai rongak dah gigi.

Happy Birthday!

09/07/2008

Kod Babi Pada Makanan _ Penting Untuk Umat Islam

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

EMULSIFIERSEMULSIFIERSEMULSIe-codese-codese-co1.10021.32741.472.11022.33442.473.12023.33543.474.14024.33644.475.14125.33745.486.15326.42246.487.16027.43047.488.16128.43148499.21029.43249.4910.21330.43350.4911.21431.43451.4912.21632.43552.4913.23433.43653.5414.25234.44054.57015.27035.44155.57216.2836.47056.6317.30037.47157.6318.30138.47258.90419.32539.47359.92020.32640.474
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

07/07/2008

Idris Naquiyuddin - New Stuff



Idris Naquiyuddin ku dalam walker barunya :) Selepas Mama & Abah menjelajah beberapa Toys 'R' Us - di KLCC, Subang Parade - semuanya tak jual dengan alasan faktor keselamatan tak lepas. Memanglah, kalau Idris Naquiyuddin seperti kanak-kanak lain, Mama pun tak kasi pakai walker cenggini, Mama akan beli yang Fisher Price yang walker ala mesin rumput tu, bila anak Mama tolak dia akan keluarkan bunyi. Tapi, memandangkan perkembangan Idris Naquiyuddin Mama slow sket, maka Mama benarkan penggunaan walker ni.

Sama macam mula-mula Idris Naquiyuddin dapat jumper, macam tu jugaklah kali ni. Dia masih tak dapat bezakan walker dan jumper. Apa yang menariknya, walker ni direka ala-ala sebuah kereta. Ada kunci kereta - yang mana bila kita twist the key, ada bunyi keta, ada gear, ada stereng, ada side mirrors, ada 4 jenis muzik & built phone lagi. ~~ Mama harap anak Mama akan explore satu persatu nanti ;)

04/07/2008

Good news..

Dua hari lepas saya MC. Bak kata Nad, MC hammer. Mulanya, memang badan rasa tak sihat sangat semenjak sebulan lepas. Rasa penat tak larat nak berjalan, selera makan ala-ala weng sket dan bila balik kerja, asyik tido je. Kesian Naquiyuddin, mama baring sebelah dia dan tido je while dia dok main-main sensorang.

So, hari Rabu on 2 Julai pergi jumpa doktor dengan niat nak menyogok untuk mendapatkan sekeping MC hammer sebab terlalu penat dan at the same time nak bawa Naquiyuddin dapatkan injection setahun. Bila pegi jumpa doktor, dia suruh buat urine test memandangkan aku ni dah kawin dan tanda-tanda tu menunjukkan kot-kot aku mengandung.

Keputusannya: Double-line @ positive!
Oh my god, im 5 weeks pregnant now!

Rasanya macam tak percaya. Memang selama ni, saya dan suami bukanlah merancang. Rezeki kami terima dengan hati yang terbuka dan dengan penuh rasa syukur. Memang selama ni saya tak nak merancang, serik rasanya menanti 3 tahun kedatangan Naquiyuddin dalam hidup kami.

Lepas dari klinik je, saya call Iskandar, ajak dia jumpa di Mc D Equine Park. Dia datang dengan tertanya-tanya, kenapa wife dia nak jumpa di Mc D. Setahu dia, wife dia ni tak suka Mc D. Benda pertama yang saya beri ialah Ujian Urine Test and he smiled. Tergelak besar and said 'we made it again'. Nampak sangat muka dia suka dan hepi. Lepas tu call Cik and Abah yang jauh di Fujriah.

Apa yang ada dalam rahimku ini adalah cucu Cik yang ke-15 dan cucu ke-2 Abah. Semoga semuanya selamat dan saya sangat-sangat hepi ni :)

01/07/2008

Ayat-ayat Cinta & Get Smart

She envies me.. huhuhu!

Ahad lepas, Mama Naquiyuddin lepaskan geram dengan tengok movie :D Asalnya Tik yang ajak pegi tengok Ayat-ayat Cinta. Aku memang dah lama mengidam nak tengok Ayat-ayat Cinta di cinema. Selama ni tengok di youtube jer..

So, seawal pukul 10 pagi (awal la tu) Na datang jemput kat rumah. Well.. kami ke MidVall. Sampai sana dalam 10.30 am, ingatkan kami awal, tapi kena jugaks Q dalam half and hour nak beli tiket. Giler..

Kami amik show pukul 11 am. Ayat-ayat Cinta. Aku dengan Tik memang selama ni dah baca buku dia, so.. memang tahu la bagaimana detailsnya citer ni. Tapi, Na yang datang tangkap muat ni.. ikut je.

Na & Tik easily falling in love with Fahri (as expected) Me? Tak la.. sebab dah ada Mr. Hubby kot. Both of them even tak de bf taw.. so sesape yang looooking, sila tanya saya. (hahahah~iklan percuma!)

Untuk Ayat-ayat Cinta, aku kasi 4 stars. Garapannya tak sedetails dalam buku. Ada beberapa benda yang aku agak keliru, yang mana seingat aku dalam buku tak tulis ni..

Bolehkah seseorang itu dinikahkan semasa dia bukan Islam? Bukan ke syarat utama sah nikah adalah ISLAM untuk menghalalkan sesuatu ikatan perkahwinan? Saya mungkin tersilap. Correct me if I'm wrong.

Tik & Na menangis waktu tengok movie ni. Sesungguhnya, Mama Naquiyuddin tak sebaik Aisha membenarkan suami berkahwin dua. Mungkin tahap keimananku tak sampai lagi ke tahap tu.. huhuhu.

Lepas abis Ayat-ayat Cinta, kami tengok plak Get Smart. Penat gelak dalam cinema.. aku dengan Na+Tik, kuasa giga punya gelaks. Hahahahaha. Mr. Hubby called twice, dia jealous sebab wifey dia tengok wayang without him. Sorry Abang, kalau dengan Abang, mana Abang layan Ayat-ayat Cinta.Kan?

Gambar kat atas ni, upload bukan nak tunjuk muka aku, tapi tengok kat belakang tu.. huhuhu~ 2 orang budak tengah gila bergambar. Si Tik tengah dok amik gambar Na, yang obses dengan number 7 & 8. Tak paham kenapa...

p/s: jangan makan di Nando's Mid Valley : slow service and their crew doesnt know how to say SORRY!