Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/05/2008

Woman

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

Fisio Idris on 9/5/08

Janji semalam nak update pasal fisio Idris. Inilah hasilnya, setelah Mama selongkar hard disk Mama, akhirnya Mama jumpa gambar-gambar ni.

Dah lama Idris tak datang fisio, agak-agak dalam sebulan jugak la, sebab Mama pun sakit. Bila datang je, seperti biasa, Idris akan jadi fofular dikalangan nurse-nurse yang muda rumaja tu.. geram tengok Idris, katanya. Si Idris apa lagi, dia mulalah kontrol hensem dan macho dia tu.

Masa dalam kereta, Idris mengantuk. Yelah, fisio pukul 3. Pukul 3 jugaklah si Idris ni tido. Selalunya, Mama pesan awal, esok ada fisio, so that Mama tahu anak Mama ni mentally prepared, tapi kali ni Mama lupa. Idris pun nampak macam tak ready. Pergi registration counter, Idris masih tido. Mama terpaksa kejutkan. Anak Mama anak yang baik, bila jaga pun dia tak nangis, rileks je. Maybe Idris syok explore kawasan lobi Hospital Putrajaya yang nyaman tuh..

Kali ni, diaorang buat 3 sesi kat Idris. Berdiri - Duduk - Berdiri. Meh Mama cerita btol2..

-BERDIRI-

Idris dengan nurse (therapist) India ni, masih menguap sebab mengantuk. Nurse ni kiranya kakak favourite Idris. Dalam 3 orang nurse yang layan Idris, dia suka nurse yang sorang ni. Mama lupa la nama apa, tapi apa yang Mama perasan dengan Idris ni, Idris sorang yang senang mesra dengan orang.

Yang ini, aktiviti untuk mendirikan Idris. Idris ni masalahnya, pinggang dia masih tak kuat. Sebab tu masa berdiri, dia takleh berdiri lama.

Dah jadi habit Idris: Ketuk Kepala. Mama tak tahu dah macam mana nak kurangkan aktiviti Idris ni, dulu dia suka ketuk perut dan peha. Kuat plak tu. Agak-agak kalau dia ketuk kepala ni, spec Mama pun leh patah taw (dah patah dah pun) Nampak tak, nurse yang sorang tu tengah tekan lutut Idris, sebab Idris tak boleh berdiri tegak dalam jangka masa yang lama. So, diaorang nak suh Idris berdiri tegak. Session ni diaorang buat dalam 15 minit.


Berdiri :)

- DUDUK -

Lepas acara berdiri, Idris belajar duduk plak.

Idris nampak selesa je bila duduk dalam kerusi hijau nih.. tapi, dah agak ketat.. ngam-ngam je Idris duduk dalam ni. Nampak sangat dia suka buat aktiviti ni..


Nampak Mama kat belakang...

Muka hepi :)

Suka buat muka chumil macam ni, nurse mana yang tak jatuh hati. Siap dia yang usik nurse..

-BERDIRI-

Kali ni, diaorang ajar Idris berdiri dengan menggunakan alat yang Mama tak sure apa ke namanya, tapi alat tu macam dalam gambar kat bawah ni.

Diaorang baringkan Idris kat atas tu. Ikat dia.. sekarang ni tengah betulkan kaki Idris yang dia sengaja bengkokkan.

Lepas dia ikat anak Mama dalam ni, diaorang tegakkan...

Jadi macam ni, Idris nampak bosan je..


Idris yang tengah bosan tahap power rangers. Nurse yang sorang ni la layan dia... Mama sengaja dok jauh-jauh.. nak biar diaorang yang buat. Mama nak Idris suaikan diri dengan diaorang. taknak Idris terlalu 'lemak'.. dah la dok kat umah hari-hari dengan bibik, Mama tanak anak Mama tak pandai bersosial..

Tengok Idris, kebosanan yang melanda...

Dua-dua buat mulut 'gemoks'

boyfriend mama :)

Lepas 15 minit buat sesi ni, Idris dah boleh balik. Next appointment on 30/5/08. Means, esok :)
So, esok Mama amik half day, bawa Idris datang lagi..

28/05/2008

Perkembangan Idris Naquiyuddin

Dah lama tak tulis update fasal Idris. Mama almost lupa.. banyak dok dalam kepala ni.. Meh sini, biar mama update sket. Specially untuk Tok yang nun jauh di Dubai, yang selalu dok tanya pasal cucu kesayangan dia ni..

Sekarang ni, umur Idris dah 13 bulan ++ genap 12 Jun ni, umur dia 14 bulan.

Tengok gambar kat atas, Idris dah boleh control kedudukan kepalanya :) Al-hamdulillah. Gambar kat atas ni, mama capture Sabtu lepas, masa Idris baru bangun tido. Tengok stripe blanket tu, itu selimut busuk dia. Nak pegi mana-mana pun, mama kena bawak. Kalau tak, macam tak kena je Idris dibuatnya. Yang belakang, bantal kaler kuning tu pun sama, bantal dia la tu. Bantal tu mama guna since mengandungkan Idris lagi..

Idris angkat bontot dan kadang-kadang angkat bersama dada sekali. Dia cuma boleh tahan dalam 5-8 saat. Tulang belakang Idris masih tak kuat. Nampak gayanya mama kena urut belakang dia lebih sket. Btw, semalam baru start urut.. itupun, selepas borak dengan Kak Farid. Bila mama urut, idris macam konpius je.. mama urut betis, peha, belakang dan bahu. Sometimes dia gelak, maybe geli kots.

Ni pulak, plak perangai si Idris tiap kali nak tido. Setiap malam, selagi mama tak dodoikan Idris, dia akan tahan la biji mata dia. Bila dah ngantuk tapi tahan, mula la dia meragam. Ada satu kali, mama keluar dengan Auntie Min Min pi dinner di USJ Thaipan, si Idris tunggu mama sampai pukul 1 dan meragam satu malam dengan bibik. Kesian bibik, tapi bila mama balik.. pegang Idris kejap, terus Idris lena. peacefully! hehehehe.. anak manja mama ni.

Sebelum tido, Idris ketuk2 kepala dia.. dengan kuatnya.


Ketuk kepala...bad habit! mama selalu marah..
Gigit jari sendiri... tangan tu dah masham dah baunya!
Gosok mata.. mengantuk, tapi nak mama dodoi...
Majuk dengan mama...
Hangin mama tak layan, dia WAAAAAA! (Penuh gigi dia..ada 7 batang dah)

Ni la dia buah hati mama.. tengah dok cari gambar masa si Idris gi fisio, insya allah mama update esok plak pasal sesi fisio.. ada yang menarik taw..

27/05/2008

Special Untuk Amal :)

Amal, welcome to my page. Nuur baru je diberi peluang untuk kenal Amal, biar Nuur intro dulu sket-sket. Idris Naquiyuddin ni, anak Nuur. Umurnya 13 bulan. Doktor suspect dia ni mungkin autistic kid, dan ada global development delay. Nuur dapat tahu, masa umur dia 10 bulan. Sekarang ni masih dalam rawatan di HKL dan fisio dan OT kat Putrajaya Hospital.

Pasal entry before, saje je tulis.. buat satu entry nak cakap Idris ni muka Nuur, sebab selama ni.. orang akan cakap Idris ni anak abah, macam fotostat gituw. So, bila ada Nuur tercapture gambar Idris ala-ala Mama, haappy sesangat :)

Kebanyakkan gambar Idris, mcm muka abahnya. Amal leh tengok ni... gerenti muka Abah :)

April 2008

Februari 2008

Nuur tak jumpa gambar yang sama.. tapi, nilah orangnya.. anak abah..

Ada iras, kan?

Saje nak share satu gambar...

..si Idris

.. and mama :)

yes, yes.. akhirnya, ada bukti Idris ada ikut iras-iras muka mama... hahahhah.
to my hubby: jangan jeles..

26/05/2008

Happy Birthday!!


Wah, bulan ni memang page aku sarat dengan wish birthday people dearest jer.. Kawan-kawan, kakak-kakak dan yang ni, entry untuk adikku...

HAPPY BIRTHDAY, MIN!

Dia ni aku kenai since 2002, masa tu aku dah Final Sem di POLISAS. Mula-mula tengok dia, budak ni so innocent. Sepanjang sesi MSK, aku pulun kanak-kanak Bakawali sepenuh hati. Tataw la apa diaorang rasa.. hehehe. Kalau ada termarah, maafkan KakPut yer..

Sepanjang Sesi Jun 2002, aku jadi 'kakak' to kanak-kanak di Bakawali. Mak angkat kami Ustazah Fatin rock as usual. Seronotnya, pada sesi ni.. Ustazah Fatin kasi chance I rules my own rules. Wah.. seronot tahap gaban taw. I still remembered, we have a wonderful team. Ada Hanim yang gila-gila, KokLiz yang strict a.k.a my roomate, Che Wan yang straight, Neda dan Kembar Siam di si Ha, Jammie the kepoh wif Ida, Naza yang putih melepak dan kalangan junior plak yang aku close are Min, Donut, Chubby, Sandy and to they are few more...

Today is her special day. Biar aku tulis something wonderfull about her.

Min yang aku kenal, masa dulu-dulu tiap kali dia jumpa aku, dia tak lupa nak titiskan airmata setiap kali kami berpisah. Dalam hati, aku terasa sangat keikhlasan kami as a sisters. Meh la aku buat confession kat sini, aku sangat-sangat hargai hubungan bagai adik dan kakak antara kami. Walaupun cuma enam bulan kami hidup satu bumbung, kami akrab bagai enam tahun kenal. Dia selalu ada di hari-hari bermakna buat aku, hari konvo dan hari aku officially jadi Puan Puteri pun dia ada disisiku. Besar maknanya ni..

So, Min.. sepanjang kita kenal. Akak sangat-sangat menghargai apa yang kita ada, Kakput doakan yang terbaik untuk Min, dalam segenap cabang Min di dunia ni. Dan, paling penting Kakput harap apa yang kita ada selama 6 tahun yang dah kita jaga ni, akan terus berkekalan sampai bila-bila.. six years and still counting :)

Again, Happy birthday!

P/s:
* Inform akak bila free kita pi celebrate birthday together2...
* Jangan lupa redeem hadiah dengan akak taw.. dah ada kat rumah ni :)

20/05/2008

Membaca :)

Rasanya nak memulakan semula la amalan membaca, kalau nak baca novel.. OK jugak, cuma membaca novel tak membangunkan minda, bak kata ayah Sue; Pakcik Samsudian :) mengkayakan orang dan membaca khayalan orang je. Ada benarnya..

Oleh itu, lunch hour tadi singgah di library office kejap. Al-hasilnya, pinjam 3 buah buku ni. Jangka masa untuk 2 minggu, memang aku gerenti akan extend la, hahahah. Sebabnya dah la semuanya tebal-tebal, pastu semuanya in english. Agak slow la.. tapi, takpe. Sebab nak improve punya pasal.. akan ku baca.

.:: A Child's World - Infancy Through Adolesecence ::.
Dulu, masa pregnant kat Naqiyuddin, bukan main lagi suka membaca pasal kanak-kanak, tapi since dah dapat anak ni, macam dah terlupa keperluan ni.. dengan azam yang jitu, nak baca jugak buku ni sampai abis.. demi anakanda yang tersayang, kita tak tahu apa keperluan mereka,kan?

.:: The Complete Art of War By Sun Tzu & Sun Pin ::.
Buku ni adalah salah satu koleksi Arwah Ayah aku yang aku perasan ada dalam bilik library kat rumah Cik di Bukit Marak. Selama ni tak motivated nak baca buku berkaitan dengan strategi, organisasi dan kepimpinan ni, tapi selepas Aboh takde, rasanya tak salah meneruskan apa yang Aboh suka. Kan? Kan? (tiru gaya Sarimah cakap dalam Diary AF)

.:: Five Families By Selwan Raab ::.
Terpengaruh dengan my hubby la ni, sepanjang weekend kami berdua dok buat marathon tengok movie GodFather. Serious best, especially sebab tengok dengan hubby. Dia explain details. Suka part yang Michelle cerita pasal ayah (godfather) dia kat Kay 'it's either your signature or your brain in the contract' wahh.. suka. Then, suka watak Tom Hagen, lawyer yang ada sorang je client :) Nak jadi godfather jugaks je rasa.. jadi godmother, boleh macam tu?

Tengoklah.. bila dah khatamkan semua buku ni, nanti aku buat review plak pasal buku2 ini sekalian.. so, tunggu...

16/05/2008

Happy Teacher's Day!

This year, I've given a chance to wish a Happy Teacher's Day personally to my favourite teacher.

A chance?
Yes, but I'm not winning any contest lor... and there is no one send or sponsoring me to visit her back in Bukit Marak.. NO-lah!

I just made her a personal handy-card :) Especially for her...
(I put my little effort to stealing my time tau.. It's hard to find it nowdays)

See...

Do you see her name? Yes, she is my favourite teacher...

Inside the card, I wrote her a story about my teachers.. and one of them is her.

Really hope, she'll like it :)
HAPPY TEACHER'S DAY!

12/05/2008

Tag - Mother's

(Note: Some of the links were lost before the tag was passed on to me. Sorry, but you can google the name of the blogs if you're interested to find their links. Thanks!)


I have randomly selected 5 of you below to be tagged and I hope that you will similarly publish this post in your blog. You will have to tag 5 other bloggers and just keep adding on to the list. (Do not replace, just keep on adding! Yes we hope it will be a long list!)It’s real easy!

Tag others and see your Technorati Authority increase exponentially! The benefits of Viral Linking:

- One of the fastest ways to see your technorati authority explode!
- Increase your Google PageRank fast
- Attract large volume of new traffic to your site
- Build your community
- Make new friends!


The Strategist Notebook, Link Addiction, Ardour of the Heart, When Life Becomes a Book, The Malaysian Life, Yogatta.com, What goes under the sun,Roshidan’s Cyber Station, Sasha says, Arts of Physics, And the legend lives, My View, My Life, A Simple Life, Juliana RW, The Callalily Space, Petra Summer in Blue, Confessions of an Army Wife Bless’ Sanctuary Happy Life, http://bless519.bravejournal.com/, La Place de Cherie, Chez Francine, Le bric a brac de Cherie, Little Peanut, Pea in a Pod, The Creative In Me, Me and Mine, Pinay Mommy, Expressions from the Heart, TeacherJulie, Sweetbites by Bang, Paul, Toni and Lance - Bridging the Distance, Our Growing Family, The Uncensored life of me, My Untamed World, Something Purple, A Detour, Something Purple, Wifespeaks, Changing Lanes, Bits and Pieces, My Chocolate Coated Glasses, God's Gift, Through the Rain, My Small World,My Life, My Hope, My Future,Nyumix's Blog , The Lings, , Life In Secret City, Gateway City Window View, This is My Life, moralle, Ripples of Rasp, Tod. Ted & Ned, MAMA RYAN, Mami Hafiy,
Ibu Nazhan

Here are Ida's love tag lists:

Mama to be -chepa
Mama to be-sue
mami to idris-p sue
mami to addin&nasa-k ann
mami to aqil-joely

while, my tag lists are :-

.:: sue~samsuddin ::.
.:: kak~ja ::.
.:: kak~la@Nottingham ::.
.:: kak~ramisah@perth ::.
.:: kak~kamaliah ::.

harapnya btol la cara saya mentagging orang nih.. ngeh5x.
again, happy mother's day to all :)



04/05/2008

Cerita Idris Masuk Wad


Cerita lapuk, tapi Mama hutang nak buat entry untuk Idris. Ini kali kedua Idris warded, kali pertama dulu, Mama langsung tak ambil pusing memandangkan pada masa yang sama Mama pun dalam wad juga operate mata.

Warded on 05/04/08 and discharge on 09/04/08.

.:: tag nama ::.

Idris warded due to hi-fever, sampai 40.8 degree!

Aku takut sangat, sebab Idris dah sampai naik ke atas matanya. Takut sawan (fits) je.. Bila dah warded, doc masukkan 2 botol air. Menangis anak mama kena cucuk, Mama pun sama menangis. Sedih wooo tengok anak kesayangan kita kena cucuk.. rasa macam nak lempang je nurse tu. Tapi tak le lempang, ucap terima kasih lagi. Heheheheh...

Idris dimasukkan ke bilik 647 di APSH. Dibawah seliaan Dr. Nasir lagi, lupa nak cakap Kaka pun warded jugak, tapi di bilik lain. Macam buat gathering je di spital. Malam-malam banyak kali Idris kena masuk bullet kat b----t. Kesian anak Mama, merengek nak kan Mama aje.. Dr. Nasir refer untuk buat test sama ada Idris ni macam ada sawan ke tidak. Sebab kalau ada sawan, aduish... panjang la story-mory nya.

Esoknya, ini aksi Idris. Selepas di beri ubat tido :) Tapi, tak tido-tido. Masuk bullet kedua, baru dia nampak macam 'weng' sket...

.:: cubaan nurse pasang wayar di kepala dan badan idris ::.

.:: cubaan untuk menidurkan Idris, tapi gagal sama sekali ::.

.:: wayar penuh kat badan dan kepada, masa ni dia dah 'weng' ::.

.:: tengah 'weng' tapi masih layan abah ::.

.:: mesin yang nak proses kepala Idris ::.

.:: nurse tgh buat kerjanya ::.

Masa nurse tengah analisis tu, dia dah cakap kalau ikut pengalaman dia, Idris ni tak ada masalah apa-apa ni, semuanya nampak normal je. Tapi, Mama memang nak dibuat juga test ni, sebab nak tahu, kalau ada apa-apa masalah, Mama boleh buat persediaan dari awal lagi.

.:: Idris selepas sesi analisis tu, rambut macam kena karen! ::.

.:: Balik ke bilik dengan Mama ::.

Idris discharged pada 09/04/08. Mama syukur sangat, dan 4 hari jugak la Mama amik cuti nak uruskan Idris. Itulah kita, bila dah jadi Mama, nak uruskan anak kena cuti, nak uruskan suami kena cuti.

Apapun, Mama tak kisah semua tu, janji anak Mama sihat walafiat dah menjadi seribu rahmat buat Mama.

Mama Sayang Idris :)