Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/03/2008

26/08/08 - Injection Mata


Terima kasih kat makcik ini yang temankan aku ke Ampang Putri. Terima kasih Suhanz for being so sabar and very supportive :) Di atas sebab-sebab tertentu, aku takleh upload gambar masa aku di day-care sebelum masuk operation theathre sebab aku pakai baju yang tak sesuai untuk ditonton. Cuma aku upload gambar ni...


26/03/08 - Korang perhatikan btol2 mata kanan aku nih.. tgk dalam anak mata, korang nampak tak biji mata hitam (dalam tulah ada retina) yang mana mata aku nampak OK sangat2x.


Sekarang tengok gambar mata kiri aku, selepas kena injection...


26/03/08 - Korang nampak tak mata hitam kat tengah tu BESAR? Itulah spot mata aku yang kena inject. sakit wehhhh... rasa macam contact lense yang kita pakai satu malam tak bukak dan melekat + ada orang usik contact lense tuh dengan jarum besi.. adeh...

27/03/08 - Mata hitam semakin mengecil... dah surut sket..


Hargailah mata anda :')

25/03/2008

Appointment Dengan Dr. Baljit Kaur

24/03/08 sepatutnya masuk office dah hari ni, tapi sebab mata kiri nampak tak betul, tangguhkan dulu agenda ke office. Dari semalam dok sms kawan-kawan, sape agaknya yang free dapat bawak aku ke spital. Frankly speaking, saya tak boleh drive. Nampak ada 2 image on my left eyes. Thanks to Min dan Cik Donut yang susah-susah tolong fikirkan caranya untuk saya. Untuk Cikgu Na jugak, terima kasih di atas keprihatinan anda :)

Nak tahu bagaimana caranya saya ke Ampang Putri?

Inilah rasanya perjalanan yang banyak guna public transport. Thanks to KakLong yang temankan Wansue. Nasib baik ada my niece temankan, boleh jugak dia baca-baca signboard sebab mataku kureng nampak.

Kami mulakan perjalanan dengan naik Kelisaku. Aku try drive dari rumah ke Putrajaya Sentral. Tobat sakit. Fobia rasanya drive dengan mata tak nampak. Harapkan keta tak banyak je. Pastu, aku amik ERL ke KL Sentral. Tak ku sangka si KakLong ni takut naik ERL, katanya laju sangat. Hampeh.. cenggini la budak yang tak kenal pblic transport!

Sampai di KL Sentral, KakLong complain lapar. Aku pun, so kami singgah kejap di Secret Recipe. Call Suhan soh mai sini. Lambat btol minah ni datang...

Thanks my niece!

My all time fave - thai fried rice.

Green Apple with Kasturi Juice.

Tengah ok best-best makan, barulah makcik ni muncul... aku suh dia order, dan dengan steadynya dia dok makan...

Muka confuse sama ada aku amik gambar dia atau makanannya.. heheheh
Suhan, aku amik dua-dua la...

Selepas makan, kami gerak. Naik pulak LRT ke Ampang Park. Orang ramai, dan yang geramnya adalah sorang pompuan tengah dukung anak umu 2 tahun. Budak ni tanak berdiri, so mak dia dukung la. Yang kesiannya mak dia ni berdiri, dan yang kat depan dia tengah duduk enak-enak atas seat adalah 4 orang lelaki muda yang sihat walafiat fizikalnya. Ishhh.. buta hatinya lelaki-lelaki di Malaysia ni, dan yang sedihnya kesemua empat mereka adalah melayu! Tak gentleman langsung.. kesian kat pompuan tu. Aku nak capture gambar pun, sebab dalam train...

Dengan perasaan bengkak hati, aku sampai di Ampang Park, amik cab ke Ampang Putri. Wahh.. jauhkan tu perjalanan kami... sampai di klinik Dr. Baljit, Q plak tunggu turn. Kami sampai 2.15pm, turn aku dipanggil at 3.30pm!! Tension...

Buat pemeriksaan biasa, tapi rupanya aku kena buat Endogram (rasanya spelling ni salah). Kaklong amik video masa buat nih... tengok eks...

video

video
Yang bulat biru tu adalah gambar retinaku, dan apa yang korang nampak ada kaler hitam bertompok kat tengah tu la yang Dr. Baljit try nak remove...

Terima kasih to Suhan yang sudi menemaniku di hospital nih.. siap amik MC tuh nak temankan aku. Pastu, apa yang sedihnya.. Hari Rabu 26/03/08 ni aku kena tahan lagi kat spital sehari sebab mata kiriku perlukan injection. Ini yang takut nih.. bila perlu inject, dia bius sket je.. mesti sakit. Aku ni dah la cukup gerun nak cucuk-cucuk nih... pastu, yang cucuk tu mata plak tuh..

Thanks to Kakyan yang sudi amik adik dia ni dan hantar balik ke Seri Kembangan. Malam tu, aku dan idris+bibik ikut Kakyan balik ke Gombak, sebab kalau tak sape nak hantar aku ke spital hari rabu ni, yong takde-outstation ke KB.

Sedihnya... mataku rosak lagi :(

12/03/2008

Selamat Ulang Bulan Ke-11, Megat Idris Naquiyuddin :)


Sudah 11 bulan usia Idris mama :) Al-hamdulillah, dan dah 11 bulan hidup mama dipenuhi dengan kebahagiaan yang mama tak dapat nak tafsirkan dengan kata-kata..

Gambar Megat Idris Naquiyuddin @ 12/03/08

Mama tak nak citer panjang-panjang, sebab mama tengah excited tunggu birthday setahun idris next month. Cuma, mama doa pada Allah supaya berikan Idris kesihatan yang paling baik, jadi anak soleh mama, yang boleh mendoakan kebahagiaan mama dan abah dunia dan akhirat. Itu saja yang mama minta.

Syukran, Ya Rabb!

p/s: Hadiah Ulang Bulan Ke-11, Spin Alphabet :) Harap anak mama membesar dengan sihat dan cerdas!

Spin Alpahabet (Abah paling suka huruf E dan P, sebab ianya menggambarkan diri Abah) *wink* peace ABah*

11/03/2008

28 tahun kemudian...

My hubby sent this picture to me just now... Ya Allah, btollah Idris ni anak abah! huhuhu...

Syukran Ya Rabb!!

Saya masih dalam MC sehingga 21/03/08, tapi dalam waktu berehat ni, saya gagahkan diri juga ke KL (sebab sekarang ni berehat di KB) untuk bawa Idris ke HKL. Temujanji kali ni memang penting bagiku dan suami. Hari ni, report MRI Idris akan dikeluarkan. Berdebar rasa hati. Solat 5 waktu sehari semalam tak sudah aku panjatkan doa kepadaNya agar memberikan keputusan terbaik untuk sekecil kesayanganku.

Bertolak jam 11 malam dari Bukit Marak dan tiba di Gombak @ 8.00 pagi sangat meletihkan. Tiba di HKL jam 9.45 pagi bersama suami dengan iringan bibik, ya ampun, susahnya nak dapat parking di HKL! Urusan pendaftaran selesai jam 10.30 pagi. Berat Idris 8.7kg dan tinggi masih 75cm.

Berada di hospital gomen inilah boringnya... LAMA!
Saya hanya dapat berjumpa dengan doktor pada jam 12.15 tengahari. Kali ini berjumpa Dr. Khoo. Orangnya baik sangat, kami rasa mesra dengannya. Dia meneliti keputusan MRI Brain yang dibuat pada 12/02/08, dan syukur Ya Rabb!

Menurut Dr. Khoo - semua test yang dibuat ke atasnya adalah NORMAL!

Masa dia cakap tu, aku rasa nak menangis. Terharu sangat.. suami pun senyum. Aku tahu dia lega sangat-sangat. Dr. Khoo pun perasan yang Idris ada banyak perubahan dari first visit dulu dan dia cakap it just a matter of time, perkembangan Idris mungkin slow sket, tapi tak adalah sampai mengakibatkan dia 'tak sempurna'.

Buat orang yang tertanya, apa sakitnya si comel kesayangan saya ni.. awalnya, doktor suspect dia ni 'disable child' + 'kanak2 istimewa'. itu yang selama ini buat aku walang. ibu mana tak panik, tak sedih bila doktor cakap macam tu. tapi, bila hari ni, dia mengesahkan idris normal, aku rasa macam ada batu besar yang berat sedang aku pikul ni dah berkecai hancur. Ringan je rasanya..

Walau apapun, fisio Idris di Putrajaya tetap on. Pastu, Dr. Khoo request untuk Idris buat Occupational Therapy bagi membantu dia, stimulate his motor system. Buat masa sekarang terlalu awal dia nak sahkan, tapi Dr. Khoo bimbang Idris ni ada simptoms 'autism'.

Autism? Nanti aku study dulu apa ke bendanya nih.. bila aku dah faham sepenuhnya, akan ku kabarkan pada kalian. btw, masa Tom Cruise kecik2 dulu pun dia kena penyakit ni jugak :p. To Kak Shafarina, kalau baca blog nih.. put rasa, Idris ni pun macam anak akak kot..

Apapun, syukran Ya Rabb.
Kuasa Mu yang menentukan baik buruk sesuatu benda itu terjadi, syukran!

10/03/2008

08'03'08- 12th GE+New History Created!

Firstly, well done Malaysian for exercising your right wisely!

SPR selesai umumkan keputusan GE ke 12. Terus terang aku katakan, i’m shocked with the news. Aku langsung tak terasa ‘gelombang’ kebangkitan di negeri-negeri lain. Cerita Kelantan jatuh ke tangan PAS, ke tangan ‘pembangkang’ (tapi di Kelantan, ‘pembangkang’ is BN) memang dah dianggap isu lapuk, ye lah kan.. it since ages lagi, tapi PAS menakluki Kedah, and PKR+DAP di Selangor yang buat aku dan suami tak putus-putus berborak sampai ke jam 5 pagi.

Nak aku highlight kat sini, saya bukanlah penyokong mana-mana parti di Malaysia ni. For sure, aku nih cuma die hard fan of Hillary Clinton :p

Politik di Malaysia aku tak pernah campur, dahulu masa Aboh masih ada, dari dia aku kutip review mengenai politik di Kelantan, and Malaysia generally. Aku concern pasal GE kali ni pun sebab ahli keluargaku ada yang menyertainya. Basically, aku sokong sebab dia darah dagingku la. Yelah, kalau sedara tak tolong sedara sape lagi, kan? (tapi, saya tak memangkah pun, tak daftar pun nama kat SPR) huhuhuhu..

Bersama keseluruh adik beradikku seramai 6 orang semalam, sambil menunggu keputusan pilihanraya ke 12-sungguh menarik. Sebenarnya, kami adik beradik sepatutnya ada ’meeting keluarga’ semalam-yelah, nak discuss pasal Alang’s Wed. Suamiku dah siap sponsor KFC 1 barrel lagi, tapi memandangkan siaran langsung di TV hot sangat, meeting terus postponed esok, sebelum kami adik beradik berangkat ke KL.

Mendengar review dari Abang Cor, Cor, Nyah, Andak, Alang, Abang Di, Yong, Wanteh dan suamiku sendiri memang seronok, berbagai review yang aku dengar. Abah (my father-in-law) keep on smsing Iskandar, dok tanya cerita pasal GE-sebab dia dapat tahu thru Al-Jazeera jer (dia kat Abu Dhabi). Dan pada masa ni aku teringat masa GE 2004, sebab Aboh lah orang yang paling banyak memberi komentar.

Dan yang menariknya, sebelum keputusan diumumkan di TV, Abang Di dah dapat info yang Dato’ Seri Shahrizat kalah to Nurul Izzah (bravo young lady!tak sangka) + Sammy Vellu kalah dan Rafidah Aziz. Kami pun macam thrill la.. Cuma, rumors tu silap, sebab Rafidah Aziz menang.

Ya, Sejarah tercipta buat pertama kalinya BN tak dapat mandate majority, hmmm.. the 'credit' shld goes to Pak Lah kot.

Sejarah tercipta bila ramai menteri-menteri kabinet kalah dalam GE kali ni (Menteri RTM-Zaidin Maidin, Ketua Menteri Penang-Khoo Soo Khon, Shahrizat Jalil-Menteri Wanita, Keluarga [rasanya salah title], Sammy Vellu,Kayveas).

Since selepas ni aku hidup didalam ‘welfare state’ (aku tinggal di Seri Kembangan, dan Seri Kembangan is SELANGOR) aku nak check semula manifesto PAS. Janji perlu ditunaikan..rasanya bil air waived selepas ni.

Oh, lupa dan satu lagi sejarah tercipta (mungkin) Negeri Perak will have their first CHINESE MB kot.. (kalau tak silap la..) kan? Hmmm.. that is smthg to ponder. Tapi, undang-undang tubuh negeri perak (fasa 2 kot,btol ke suamiku?) ada menyatakan MB mestilah Melayu dan Islam. But correct me if im wrong.

Atas kesedaran tu la, suamiku ajak aku daftar jadi pengundi di Perak. Aku cuma ingat satu je pesan Aboh padaku, andaikata suatu hari nanti aku nak mengundi, pilihlah calon yang berjuang ke agama Allah (fisabilillah) pastu calon yang berjuang demi bangsanya, dan ketiga demi negaranya. After all, as a muslim, aku kena ingat yang islam is the way of life, pemikiran dan pegangan politik are part of it.

To summarize, 4 negeri telah bertukar tangan kepada pihak opposition. Perak (DAP-tapi tak dapat mandate majority), Selangor (PAS), Kedah (PAS dapat mandate majority) dan Penang (DAP-PKR). Bersedialah untuk mendengar ‘pelbagai’ suara didalam Dewan Negara sek sok ye Malaysia.. kita telah memilih arus perubahan ini, dan kita akan ‘rasainya’.

p/s:tengah dok fikir, siapa MB Perak ni.

12th General Election

Awal pagi, rasa macam hari raya dok tengok mak, abang, kakak dok bersiap nak pegi 'memangkah'. Maaf, saya dan suami tidak 'memangkah' kali ini :) Suamiku kata 'i dun believe in democracy, i only believe with absolute-monarchy' aku tak komen apa-apa statement dia :p

Malas nak citer panjang sebab aku tak 'memangkah', cuma minta kakyan amik gambar masa dia pegi mengundi nih. bukan apa, aku ada tgk gambar aku dgn aboh masa GE 1985 atau 1986 dulu, bukan selalu org buat pilihanraya... tu yang aku nak buat entry nih. GE kali ni diaorang pegi naik bas, beramai-ramai dengan sumer sanak saudaraku. korang tgk je la gambar2 nih..

Tapi, disebalik meriah.. ada yang lucunya. Kesian orang tuh, kena tinggal dek bas.. huhuhuhuhu *peace* so, buat masa ni, aku nak buang karan, nak tido sbb malam ni, aku nak tunggu result GE + ada meeting adik beradik nak discuss pasal Alang's wed. So, kita tunggu dan lihat apa akan terjadi..

Selamat mengundi, pangkah yang terbaik dan demi fisabilillah :)

02/03/2008

Mata.. Oh! Mata...

Sajer uploadgambar ni, sebab ramai orang dok tanya, macam mana keadaan mata.. inilah bendanya :)