Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/02/2008

Follow-Up Idris Naquiyuddin

Hari ni bangun lewat :) pukul 11 baru celik mata, itupun bila dengar suara Irfan dan Irwan bising-bising tengah main power rangers. The first thing I did, amik phone and call Ampang Putri, nak check pukul berapa Idris punya appointment. Kali ni, Idris kena follow up pasal masuk spital hari tuh. Rupanya, clinic untuk hari Jumaat before 12.30 noon la... adeh, rushing la aku bangun mandi dan siapkan diri. Bawa Idris jumpa Dr. Nasir, al-hamdulillah Idris OK. Sempat aku tanya pada dia pasal masalah Idris nih, katanya kemungkinan Idris lemas kot masa bersalin dulu.

Lemas? Untuk makluman umum, Idris dilahirkan secara caesarian setelah 5 kali doktor induce failed. Kenapa sampai 5 kali aku sendiri tak tahu. Berulang kali pada doktor (masa tu aku bersalin di HUSM Kubang Kerian) Prof. Dr. Nik Hazlina ada effect tak pada baby dia kata tak ada apa-apa. Walhal aku pulak 5 kali induce, tak sakit apa-apa pun.. Mungkin ini ketentuanNya. Allah sayangkan aku, dan nak uji sejauh mana aku kuat menerima ujianNya. Takpelah, pasal Idris, kita letak tepi dulu.

Sekarang ni nak promote pasal blog Abah Idris . Dia sampai dari Terengganu petang semalam, dia pun tengah sibuk nak blogging. Talking about Abah Idris, dah lama dia nak buat blog sendiri. Dia nak tulis pasal apa-apa yang dia suka. Untuk kepuasan peribadi dia. Semalam, aku ajar dia macam mana nak blogging (walhal, diri sendiri pun baru berblog) korang leh klik sini kalau nak baca blog dia.

Esok, kami sekeluarga akan balik ke Bukit Marak. Kesian Cik, dia hari-hari dok sebut bimbangkan Ummi di rumah. Fyi, Ummi ni ialah mak kepada Cik a.k.a nenek aku :) Allah lanjutkan usia Ummi, sekarang ni dah berumur +100 tahun kot. Nantilah, bila aku balik nih, kalau diberi kesempatan, akanku update gambar Ummi yang baru.

Ummi dan Idris (masa ni, Idris umur dia tak sampai 40 hari lagi)

Sekarang ni, sana sini orang dok cakap pasal GE, kalu tengok TV, macam-macam orang tu dok kata orang ni, orang ni dok kata orang tu. Bosan betol. Tak boleh ke kalau berkempen tapi tak memburukkan mana-mana orang?

Macam artikel yang aku baca di NST last 2 days, pasal Cikgu Zain (which I cald him Tok Ayah) of Kg. Chica, Kelantan. Dia ni, besan Cik aku, ayah kepada KakAla, isteri Nyah, abang sulongku. Dia serve 5 term as MP kat Bachok dulu, dulu dia Hamim (btol ke aku eja ni?) pastu, bila pasrti dah merge dia join PAS, then last sekali dia join BN. Masa dalam PAS, dia ni kamcing dengan Tok Guru Nik Aziz la, tapi diaorang pernah bertanding berebut seat yang sama di Bachok (masa tu Tok Ayah ni dah BN la), tap bila diaorang berkempen, dalam ceramah ke, diaorang tak pernah mengutuk sesama sendiri, diaorang bercakap untuk membela nasib rakyat. Itu tujuan diaorang nak bertanding sangat, bukan untuk kepentingan peribadi. Ingat tanggungjawab sebagai pemimpin ni besar, sek sok kena dihitung balik.

Itu cuma pandangan aku lah..

Satu lagi, tadi aku rasa terharu sangat bila Ayah Mat, husband Cik Mah calld aku dari hospital. Dia masuk wad lagi. Apa yang touchingnya sebab Ayah Mat dari jauh (dia di Kelantan) call tanya khabar pasal mata aku. Walhal, bapa saudara yang lain walaupun tahu aku macam ni, takde pun call cakap dengan aku sendiri. Diaorang mungkin ada tanya khabar pada Cik or orang lain, tapi takde plak call cakap sendiri dengan aku. Ishhh... syahdu je rasa :) Terima kasih Ayah Mat, im recovering now, getting better. Ayah Mat tu, jaga diri :) Get well soon....

Mungkin tu je kot setakat nih.. jap lagi, aku nak buat entry nak dedicate untuk kawan-kawan yang berbekas di hatiku, tapi tengah kumpul content.

Saje nak bagitau, mata aku ni takleh stress lama-lama sangat depan PC, atau pada cahaya, rasa ngilu gitu. Oleh itu, untuk makluman semua, nak siapkan entry ni bukan main lama... adeh, oklah, mataku perlukan rehat. Jap lagi eks...

Tata!



28/02/2008

Kisah Kaka dan Lope

Tersebutlah cerita, di sebuah taman perumahan di Gombak, wujudlah seorang 'mafia' pompuan bernama Kaka. Orangnya tembam, manisnye boley tahan . Bila dia menyinga, mak aiihhhh... garang sekali. Pada suatu petang yang indah, sepupu Kaka yang hensom lagi macho bernama Idris, yang mana Kaka panggil dia 'Lope' datang bertandang ke rumahnya. Untuk pengetahun umum, Lope adalah panggilan kepada lelaki yang berpangkat abang tua (orang perak la).


Kaka : Lope, jom kita main combat dengan Kaka :)(sambil menarik baju Lope)
Lope : Kaka, mama cakap, tak baik main combat, nanti kena pukul, sakit...

Kaka : Ala Lope, jom la...
Lope : Tanaklah

Kaka : Apsal degil sangat nih... pukul karang baru taw!
Lope : Jangan la ka..

Kaka : Meh sini, debik sket...
Lope : Adeh.. adeh..

Lantas Lope menolak si mafia pompuan tu... in order nak menenangkan mafia yang mula dah hot.. kelihatan Lope dengan macho lagi gentleman menyabarkan si Kaka



Lope: Sabar Ka.. mengucap..

Kaka : Apa sabar-sabar?!@#$%, nah, amik ko....

Kaka: Bukan ke Kaka dah selalu pesan, jangan buat Kaka hot... degil nih! #@$%^&* meh sini, nak tarik rambut tuh.. orang nak kawan dengan dia.. tahu tak, Lope ni Kaka dah kasi spesel treatment selama nih.. tak yah bayar wang perlindungan? taw?!

Kaka : EEEEEEEiii.. geramnya, tarik rambut dia!

Kaka: Cucuk mata dia...

Tiba-tiba, Kaka baru terperasan yang Wansue, mama kepada Lope sedang memerhatikannya. Lantas dia mendongak ke atas dan mulalah muka gabra bila Lope menangis.... Wansue siap pegang tangan Kaka lagi bagi menyelamatkan Lope..

Kaka: Ohhh.. I'm on the candid kew? Opsss.... kena tukar perangai nih, kena behave. Mama pesan anak dara mama orangnya shweeeeeeet :) shweeet muka dia macam ni la Wansue...

Kaka: Macam ni, sweet tak Wansue?

27/02/2008

Kisah Pada 20/02/2008

20/02/2008, hari ni hari Rabu. Hari aku dijadualkan akan menjalani pembedahan mata kiriku dan pada hari khamis mata kananku kena laser plak. Suddenly, di awal pagi, aku rasakan suhu badan Idris Naquiyudin terlalu panas, batuk pun berpanjangan, whizing lagi. Nak tak nak, aku bawa Idris ke Emergency. Kat sini, Idris dibei nebulizer, dia menangis.. tak gheti guna agaknya. Pastu, refer to Dr. Nasir, doktor kanak-kanak bahgian paru-paru plak. Kat sini, dia cakap la Idris ni banyak kahak, kena admitted to ward. Since aku pun warded, dia akan arrange 1 wad je kami berdua. Aku plak akan ditukar ke wad paedtrik, tingkat 6 nanti.

Rasa lega jer bila segala urusan Idris selesai. Kakyan dan Cik datang on time. Aku hand over urusan kemasukan Idris ke wad pada dia. Terima kasih, kakyan. Terima kasih, cik. Aku pulang ke wad, get ready nak masuk OT plak. By 11, aku dah siap mandi semua dah. Aku start puasa by 9 am tadi. Pastu, Kakyan call cakap Idris dapat bilik 621. Aku berangkut ke sana. Chumil je wad kanak-kanak, macam duduk dalam aquarium. Rasa macam luas dan besttt je. Siap ada play room tuh... sampa sini, kesian tengok Idris. Tido di pangkuan Cik, lumrah dia, kalau boleh nak tido dengan mama. Kalau dia dah tido tu, maksudnya dah mengantuk sangat la tu...

Pukul 3pm, nurse datang menjemputku ke OT. Rasa berdebar sangat. Takut. I almost shivering. Tetiba rasa susah nak nafas, rasa macam nose-block je. Abang, Cik, Kakta hantarkan aku hinga ke depan pintu OT. Syahdu rasa bila Abang gosok kepalaku, dan kiss dahi sambil cakap 'Abang sayang Sue, jumpa 2 jam lagi' (sebab doktor estimate it took abt 2 hrs). Then, lepas garisan merah tu, diaorang pegi.

Aku diperiksa sekali lagi. Datanglah sorang lelaki cina, claimed that dia pakar bius Masa mata kabur cenggini aku cuak gila. Dia check everything, tekanan darah etc yang perlu yang aku sendiri tak tahu apa. Then Dr. Baljit Kaur datang. Cakap yang dia nak buat major surgery dan explain apa yang akan dibuat yakni nak letak silikon disekeliling retina mataku. Pastu dia minta aku sign surat consent. Aku signed dengan mata blur. Pastu aku kena injec, bius la tu. Medical term panggil GA-maksudknya bius 1 badan (ini bahasa yang orang-orang bukan medical paham la.. huhuhu) pastu, satu badan rasa penat sangat, start dari kaki then.. aku, padam!

"Puteri..Puteri..Puteri" itu suara yang mula-mula aku dengar. Tak tahu suara sape, rasa perit sangat mata kiri. Sakit. Mata kanan pun rasa lebih kurang sama. Pastu, dalam masa yang sama, dalam perut ni rasa berombak je. Loya, dan uwekkkkkkkkk aku muntah. Pahit giler apa yang keluar. Tak tahulah warna apa, dan tak tahulah sape yang membantu aku. Aku pun tak tahu jugak, sape yang tolong sedutkan benda-benda dalam mulut masa tu. Apa yang aku tahu, masa tu aku di bilik pemulihan. Setengah jam disana aku ditolak balik ke wad. Masa tu, mata tak nampak apa-apa. Cuma aku ada dengar suara Andak, Kakta, Am, Yaya, Cik, Idris menangis (masa ni rasa rindu sangat nak hugss Idris), suara Abang (mestilah, Sue tahu Abang berada disisi Sue sepanjang masa).

Then, aku weng lagi selagi biusku tak habis di badan...

MRI Brain pada 12/02/08

(Maaf lambat update, tak sempat. Takde gambar sebab tak bawa kamera)

Sepanjang minggu bermula 10/02/08, aku agak sibuk. Agak pack, bukan apa, selepas cuti CNY, aku sibuk dengan pemeriksaan kesihatan anak kesayanganku, Idris Naquiyuddin :) ke HKL, kena buat MRI Brain. Dalam hati ini, rasa macam nak luluh, rasa macam mama redha kalau Allah gantikan tempat mama dengan Idris, kesiannya budak umur 10 bulan macam ni kena lalui ujian macam tu. Bukan setakat tu sahaja, Idris kena puasa bermula jam 5 pagi. Dan, apa yang lagi menyedihkan, Abah Idris tak boleh temankan kami, sebab dia ada monthly meeting kat HQ.

Malam 12/02/08, aku menumpang tido di rumah KakYan di Taman Selaseh, Gombak. Jaraknya agak dekat dengan HKL, dibandingkan dari Seri Kembangan. Jam 4 pagi,aku bangkit dari tido. Susukan Idris, minta si kecil 10 bulan ini bersahur. Habislah dia minum susu dalam paksa kemamaian dia. Pada Idris, beratus kali mama pesan, Idris kena puasa sampa MRI selesai. Anak mama kuat, jangan nangis. Aku harap Allah bantu aku dalam memudahkan urusan berkaitan dengan Idris.

Jam 8.00 pagi, aku dah siap. Bibik pun siap. Idris pun sama. Al-hamdulillah, dia tak nangis. Appointment pukul 9 di PAED. Terharu sangat bila KakYan dan Abang Awish sama-sama ambil cuti, nak temankan aku. Lagi diusik rasa terharu kerna dia abang ipar cuma padaku. Bukan nak kata saudaa lelakiku tak ambil pusing, tapi keprihatinan yang ditunjukkan tu menyentuh hatiku. Terima kasih Abang Awish, sepanjang Abang Awish jadi abang iparku, menjadi cinta hati KakYan selama 7 tahun, aku setuju sangat-sangat kalau dia dinobatkan jadi the-most-understanding in law kepada kami :) Cayalah!

Berbalik semula pada cerita Idris Naquiyuddin.

Kakyan drive TAH7444 ke sana. Sepanjang perjalanan, aku peluk Idris. Dalam hati, terbit rasa sayu. Apa-apa yang berkaitan dengan Idris, memang aku agak fragile. Nasib baik, Kak Ning sepupuku nuurse di HKL banyak membantu. Dari urusan parking, hingalah ke urusan pendaftaran. Idris dibawa masuk ke Unit Rawatan Harian, diambil darahnya. Dia tak nangis macam jarum tu mencucuk ibu jarinya, tapi terpekik tatkala nurse menekan ibu jarinya. Selepas ambil darah, baru Idris dibawa untuk menjalani MRI.

Kena naik shuttle hospital. Susah giler, nasib datang dengan ramai orang. Senanglah nak lipat stroller Idris. Aku dukung Idris. Kakyan bawa barang-barang while bibik lipat stroller. Sampai ke Jabatan Pengimejan dan Xray (kalau tak silap la) kena Q, ambil turn nak buat MRI. Kesian Idris.. bimbang dia lapar dan menangis. Tapi, dia OK je. Cool.. masih senyum-senyum dan minta aku dodoikan mengantuk. Selalunya, Idris akan well-behave kalau mama pesan minta jadi good boy. Disini, aku jumpa dengan sorang kakak yang tengah peluk sorang budak lelaki, lebih kurang sizenya dengan Idris.

Aku usha, kenapa kakak tu ada kat situ.. rupanya, Allah nak temukan aku dengan orang yang mempunyai nasib yang sama denganku. Anak dia umur 12 bulan, masalahnya sama dengan Idrs, bezanya Idris lagi advance sebab Idris dah boleh angkat-angkat bontot. Aku termenung seketika, betul kata orang-orang tua, hidup jangan selalu dongak ke atas, tapi tenung ke bawah. Kalau sentiasa mendongak ke atas, kita tak akan sedar nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Aku bersyukur, Allah anugerah Idris Naquiyuddin kepadaku. Al-hamdulilah.

MRI Idris dijalankan pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi. Sepanjang sesi tu, Idris diberi ubat tido. Terasa sayu hati melihat Idris diletakkan dalam mesin yang besar gedabak. Kesian hero mama.. sepanjang sesi 40 minit tu, aku temani Idris. Kakyan, Abang Awish dan bibik ada di luar. Kami semua belum breakfast. Ada juga rasa laparnya, tapi rasa tu ilang begitu sahaja sebab bimbangkan idris. Bila lesai urusan idris, kami naik semula shuttle ke PAED Institut. Idris tido sampai pukul 2.30 petang, bila dia jaga barulah habis 1 botol susu. Pastu barulah balik semula ke rumah Kakyan. Result MRI akan keluar pada 10/03/08. Nanti akan ku update di sini.

20/02/2008

Kisah Sepanjang Minggu Lalu

17/02/2008 (Ahad)-Tido di Hospital :)

Aku menyerahkan diri ke Ampang Putri, ekoran sesak nafas yang berpanjangan. Seperti dijangka, aku ditahan di Wad 5A. Suami, anakanda dan bibik aku ikut seret menemaniku di wad. Terima kasih kepada Dr. Sharifah Sakinah yang merawatku. Alang-alang dah dok dalam wad, aku tak lupa minta dirujuk kepada pakar mata. Sudah 2-3 minggu aku rasakan smthg wrong dalam mata ni bilamana mataku kelihatan kabur, bengkang bengkok dan kadang-kadang gelap memanjang.

18/02/2008 (Isnin) - Selamat Hari Lahir, Suamiku!

Jutaan kemaafan kepada suamiku, maaf.
Abang, Sue minta maaf sebab masa birthday Abang ke 29, Abang terpaksa temani Sue di wad. Dah lah Abang pegi beli sendiri Nando's kat Ampang Point. Maaf sangat-sangat. Nasib baik hadiah besday Sue dah bagi in-advance. Suka sangat tengok Abang pakai neck-tie and curflink tu, lagi hensem kalau Abang pakai dengan baju pink yang Sue beli tu. Selamat Hari Lahir, Abang. Sue akan sentiasa disisi Abang, temani Abang sehingga ke akhir nafas kita di dunia. Sue panjatkan doa kepala Pencipta, agar dipanjangkan jodoh diantara kita, merealisasikan impian dan janji kita bersama, membina institusi keluarga dan mencipta kebahagiaan dunia dan akhirat bersama. Sue sentiasa berdoa, agar Sue dapat memperbaiki diri Sue, menjadi yang lebih baik, Kepada diri sendiri, menjadi isteri yang solehah kepada Abang, menjadi bonda mithali kepada Megat Idris Naquiyuddin dan menjadi kunci kebahagiaan kepada kita bertiga, dan mungkin berempat, berlima.. Insya Allah. Doa Sue pada Allah, sempena hari lahir Abang ke 29, Syukran Ya Rabb, di atas kurniaan Megat Iskandar kepadaku, sebagai pelengkapku. Pelengkap kepada sebarang kekuranganku, pelengkap kepada segala kelebihan yang Engkau kurniakan. Selain dari hadiah material yang Sue berikan pada Abang, Sue bacakan Yassin untuk kesejahteraan Abang, kesejahteraan kita sekeluarga. Itu lebih mahal dari kereta Ferrari sebijik.

18/02/208 (Isnin) - Jumpa Dato' Dr. Baljit Kaur : Pakar Mata

"Young girl, you're really in trouble" itu kata-kata Dato' Dr. Baljit Kaur usai sudah dia memeriksa mataku. Katanya, terdapat 15 lubang di dalam mata sebelah kiriku, 15 lubang itu mengelilingi retinaku, yang mana, pada masa ini telah meruntuhkan dinding retina dan mengakibatkan pandanganku kabur dan 'weng'. Mata kananku plak, ada jugak lubang-lubang kecik tapi boleh diikhtiarkan dengan laser jeh. Scheduled esok, aku kena laser mata kanan and will undergoing for a major operation on 20/02/2008.

Aku tanya padanya, apakah punca musababnya?

Katanya, genetik memainkan peranan. Mataku berlubang since ages, maybe sejak dari lahir (Cik confirmedkan, semasa aku kecik masa aku umur setahun, memang mata aku ada problem-but it's too early to detect) itulah sebabnya, power spec aku makin tinggi meningkat, mata makin rabun dan attention kepada sesape yang pakai contact lense, korang ni pakai contact lense atas nasihat doktor mata atau suka-suka nak gelemer? dia jugak cakap, untuk manusia biasa pun, silalah buat pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.

Malam tu, hati sedikit cuak. Aku text kepada orang-orang rapat padaku, mohon mendoakan kesejahteraan pembedahan mata ini. Banyak sms yang reply, showing their concern, terima kasih teman taulan, saudara maraku. Satu sms dari sepupuku-KakDa, anak AyahCik menasihatkan aku untuk ask for a second opinion dari Centre For Sight di PJ. Aku imbal semula, aku rasakan ianya wajar. No harm after all. Cuma nak dengar pendapat dari pakar lain, about the same issue. If they share the same tot, then it is fine with me.. if they're not, then I'll try to figure out for another outcome.

Andak and family, Kakyan and family datang makan malam kat room 516. Seronot berpicnic adik beradik macam ni. Anda belikan Shake's, Kakyan belikan makanan dari Kg. Thai dan Andak belikan chicken chop. Patient hari tu btol-btol FULL! Yong datang alone selepas habis dinner di Dynasty.

Malam tu jugak, kegembiraan kami tak berpanjangan. Kesian pada Kakyan dan Abang Awish.

Rumah diaorang dipecah masuk dek perompak. Master bedroom habis digeledeah. 2 buah laptop, 1 DVD recoreder, 1 digital cam, brooch worth of RM25k and cash about RM 3-5k. Keseluruhannya, adalah dalam RM 50k.

Abang dan Yong pergi immediately once tahu rumah Kakyah dipecah masuk. Diaorang balik semula ke wad ard 2 am. Yong over nite at hospital dengan aku, atas kerusi dan dia balik semula ke Seri Kembangan dnihari esoknya.

To Kakyan dan Abang Awish, sabar dan Sue harapkan orang yang bertanggungjawab dikenakan tindakan setimpal.


19/02/2008 (Selasa) - Centre For Sight, PJ : Asking For A Second Opinion

Iskandar membawa ku kesana tepat jam 12 tengahari. Agak pedih mataku menahan perit UV. Idris dan bibik aku bawa bersama. Kesian si kecil ku, ke hulu ke hilir bersama mama. Bukan apa, susah nak ditinggalkan. Pada Cik, sudahku hubungi semalam, mohon merayu agar Cik dapat temani aku, menengokkan Idris disepanjang mataku dalam keadaan 'weng' nanti. Terima kasih Cik, kerna sudi datang dan membantuku, meskipun meninggalkan Ummi di rumah bersama Cik Rah dan Cik Yah. Orang-orang lain susah nak tengokkan Ummi, al-maklumlah di musim pilihanraya ni :)

Di Centre For Sight, aku temui Dr. Ahmad Fauzi dan syukur, dia pun share the same opinion as Dr. Baljit. Lega aku rasa, dan dia menerangkan padaku secara details mengenai mataku, pembedahan yang akan dijalankan. aku pulak rasa 'ngilu' dan takut, mata aku ni diaorang buat macam apatah... ishhh... takutnya. Malam tu Ayah Lope datang, KakLah and Abang Zian pun datang, Lily dan Adam datang dan pengunjung setiauku-Na sentiasa disisi, datang menengukku almost everyday. Na, thank you. You really bright my day! Malam tu jugak, Cik sampai. Yong dan Abang Di ada, Nyah pun datang jugak.

Apa-apapun, nanti aku up-date esok.. hari operation.