Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

16/06/2008

Naquiyuddin Demam :(





Gambar-gambar kat atas ni, Naquiyuddin dok pakai hanky Abah, mama basahkan hanky Abah sebab nak reducekan dia punya suhu badan panas sangat...

Gambar-gambar kat atas ni, gambar masa hari Sabtu lepas, 14/6/08 - masa mama dok monitor suhu badan Naquiyuddin yang demam-sejuk-panas. Anak mama ni, walaupun demam, tapi masih lagi maintain senyum dan dok pusing-pusing kat atas katil.

Seharian mama kurung Naquiyuddin dalam bilik mama, sebab anak mama nak aircond. Mama suspect Naquiyuddin nak demam campak, sebab dah ada macam bintik-bintik sekeliling badan, dan Naquiyuddin asyik menggaru je. Kata Cik, demam campak ni pedih dan panas. Kesiannya anak mama... tapi, elok lah masa-masa kecik lagi Naquiyuddin dah kena campak ni.. sonang sket mama nak jaga :) Tapi, hingga ke hari ni, biji-biji campak tak kuar lagi...

Semalam, Naquiyuddin asyik merengek. Nak berkepit dengan mama. Mama rasa sepanjang mama uruskan Naquiyuddin, kali inilah mama rasa anak mama buat 'perangai' sket. Mama faham anak mama tak selesa. Habis telinga, hidung anak mama merah-merah sebab Naquiyuddin asyik garu-garu.

Naquiyuddin jugak tanak makan porridge, tanak minum susu. Mama terpaksa kasi dengan shringe, walaupun anak mama menangis, melalak masa-masa tertentu.. anak mama ni sakit tekak kot. Tapi, nasib baik Naquiyuddin ni walaupun nangis, mama rasa 'syiok' je.. huhuhu

Bila tido malam, Naquiyuddin tak selesa badan. Menangis, minta dipeluk mama. Masalahnya, mama tido pakai blanket, Naquiyuddin tanak.. so, asyik dok tarik selimut je la mama ni..

Doakan Naquiyuddin cepat-cepat sihat..

2 comments:

Amalina said...

InsyaAllah. Moga2 baby Naquiyuddin cepat sihat. Amiin. Cian dia tak lalu makan. Nak share resepi, doc yg ajar. Bila demam, badan dehydrate, elok bagi minum air byk. Eloknya air yg dicampur gula (utk tenaga) dan sedikit garam (utk kembalikan garam galian). Amal tak berapa ingat resepi dia, sbb skrg dok buat lbh kurang saja. 500ml air kosong campur gula dan garam. Amount gula n garam tu dalam 1 sudu kecil tak penuh. Badan senang nak serap air yg dicampur garam gula ni.
Semoga cepat baik, amiin.

:: nuur-iskandar :: said...

Amal,
Thanks for the tip :)
Nak paksa minum susu pun susah, rasanya kalau nak paksa minum air garam ni.. lagilah :D