Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/05/2008

Special Untuk Amal :)

Amal, welcome to my page. Nuur baru je diberi peluang untuk kenal Amal, biar Nuur intro dulu sket-sket. Idris Naquiyuddin ni, anak Nuur. Umurnya 13 bulan. Doktor suspect dia ni mungkin autistic kid, dan ada global development delay. Nuur dapat tahu, masa umur dia 10 bulan. Sekarang ni masih dalam rawatan di HKL dan fisio dan OT kat Putrajaya Hospital.

Pasal entry before, saje je tulis.. buat satu entry nak cakap Idris ni muka Nuur, sebab selama ni.. orang akan cakap Idris ni anak abah, macam fotostat gituw. So, bila ada Nuur tercapture gambar Idris ala-ala Mama, haappy sesangat :)

Kebanyakkan gambar Idris, mcm muka abahnya. Amal leh tengok ni... gerenti muka Abah :)

April 2008

Februari 2008

Nuur tak jumpa gambar yang sama.. tapi, nilah orangnya.. anak abah..

4 comments:

Amalina said...

Oh begitu citernya, sgtla memahami. samala macam Afiqah, mmg fotokopi muka papa dia. dahla tu, mmg papa's girlfriend. pantang papa dia menguek, teruja dia.
ttg Idris tu, bagusla Nuur pi therapy. amal tk pasti sgt cara nak deal dgn kanak2 autism, sbb lain sikit dari cerebral palsy. walaupun sama brain injured, tapi simptom dia lain. ttg delay tu, mmg kena bersabar. kena bare in mind yg anak kita lain dari kanak2 biasa. pada amal bukan kekurangan tapi keistimewaan. lain dari yg lain. bykkan komunikasi n touching dgn anak. usap kepala dia, selalu ckp dgn dia. amal selalu ckp pada nurul bila dia respon sesuatu, 'bijak anak mama or pandai nurul afiqah'. tunjukan keyakinan kita pada anak supaya dia juga ada keyakinan. anggap aja dia faham walaupun baru umur sethn.
kadang2 doctor selalu ckp benda yg negatif, mcm tak nak bg harapan pada parents yg anak kita akan ada good progress. biasala tu, doktor ikut buku dia. kita kena bukak buku kita sendiri jugak, dan byk search maklumat di internet ni. kalau pasal autism mmg byk.

:: nuur-iskandar :: said...

Amal,
Walau apa dan bagaimanapun Idris, he is the best thing ever happened to me.Tak kira macam mana sekalipun, Idris lahir untuk Nuur sebagai satu rahmat dan anugerah, sebab dengan lahirnya dia, Allah limpahkan rezeki, perasaan kasih sayang dan kebahagiaan yang tidak ternilai. Memang Nuur kena sabar banyak-banyak dengan Idris. Betul kata orang, sentuhan dan doa ibu adalah paling berkat, dari pemerhatian Nuur Idris bukannlah susah nak diajar. On his stage, geleng for tak nak and angguk kalau nak satu tanda yang Idris jenis fast-learner juga. Nuur try ajar last 3 weeks, and skarang ni dia tgh gunakan ilmu baru ni.

Ada anak mcm anak-anak kita ni buat kita lebih mensyukuri nikmat Allah. Thanks Amal, atas semangat ni :)

Amalina said...

Yup, you r right. Alhamdulillah kita sedar dgn kurniaan yg istimewa ni adalah yg terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui.

:: nuur-iskandar :: said...

amal, nikmat allah yang tak terkata