Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

28/05/2008

Perkembangan Idris Naquiyuddin

Dah lama tak tulis update fasal Idris. Mama almost lupa.. banyak dok dalam kepala ni.. Meh sini, biar mama update sket. Specially untuk Tok yang nun jauh di Dubai, yang selalu dok tanya pasal cucu kesayangan dia ni..

Sekarang ni, umur Idris dah 13 bulan ++ genap 12 Jun ni, umur dia 14 bulan.

Tengok gambar kat atas, Idris dah boleh control kedudukan kepalanya :) Al-hamdulillah. Gambar kat atas ni, mama capture Sabtu lepas, masa Idris baru bangun tido. Tengok stripe blanket tu, itu selimut busuk dia. Nak pegi mana-mana pun, mama kena bawak. Kalau tak, macam tak kena je Idris dibuatnya. Yang belakang, bantal kaler kuning tu pun sama, bantal dia la tu. Bantal tu mama guna since mengandungkan Idris lagi..

Idris angkat bontot dan kadang-kadang angkat bersama dada sekali. Dia cuma boleh tahan dalam 5-8 saat. Tulang belakang Idris masih tak kuat. Nampak gayanya mama kena urut belakang dia lebih sket. Btw, semalam baru start urut.. itupun, selepas borak dengan Kak Farid. Bila mama urut, idris macam konpius je.. mama urut betis, peha, belakang dan bahu. Sometimes dia gelak, maybe geli kots.

Ni pulak, plak perangai si Idris tiap kali nak tido. Setiap malam, selagi mama tak dodoikan Idris, dia akan tahan la biji mata dia. Bila dah ngantuk tapi tahan, mula la dia meragam. Ada satu kali, mama keluar dengan Auntie Min Min pi dinner di USJ Thaipan, si Idris tunggu mama sampai pukul 1 dan meragam satu malam dengan bibik. Kesian bibik, tapi bila mama balik.. pegang Idris kejap, terus Idris lena. peacefully! hehehehe.. anak manja mama ni.

Sebelum tido, Idris ketuk2 kepala dia.. dengan kuatnya.


Ketuk kepala...bad habit! mama selalu marah..
Gigit jari sendiri... tangan tu dah masham dah baunya!
Gosok mata.. mengantuk, tapi nak mama dodoi...
Majuk dengan mama...
Hangin mama tak layan, dia WAAAAAA! (Penuh gigi dia..ada 7 batang dah)

Ni la dia buah hati mama.. tengah dok cari gambar masa si Idris gi fisio, insya allah mama update esok plak pasal sesi fisio.. ada yang menarik taw..

3 comments:

Amalina said...

Seronok kan tgk perkembangan anak satu satu. Mmg rasa sgt 'magic', kebesaran Allah. Seronoknya Idris manja dgn mama dia masa tidur. Afiqah manja dgn amal masa main2 n bila nak dipujuk. Time tidur, senang dgn papa. Kalau Amal bagi tidur, setgh jam ke sejam mata dia dok terkebil2 thn ngantukla, gelak2 ajak mainla, bila papa dia ambik sat je dok bawah ketiak papa, terus lelap. Jeles tul.

:: nuur-iskandar :: said...

Amal,
Betulkan orang kata, to understanda the mother's love is to become a mother yourself..

Skrg ni, baru Nuur rasa perasaan tu... besar sungguh ciptaan Allah ni..

nasaoji said...

btuah idris, dpt mama yg penyanyang n tahap kesabran yg tinggi..

moga nnt, kt pun cam tu..

anak sndri..mmg syg kan..