Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

20/05/2008

Membaca :)

Rasanya nak memulakan semula la amalan membaca, kalau nak baca novel.. OK jugak, cuma membaca novel tak membangunkan minda, bak kata ayah Sue; Pakcik Samsudian :) mengkayakan orang dan membaca khayalan orang je. Ada benarnya..

Oleh itu, lunch hour tadi singgah di library office kejap. Al-hasilnya, pinjam 3 buah buku ni. Jangka masa untuk 2 minggu, memang aku gerenti akan extend la, hahahah. Sebabnya dah la semuanya tebal-tebal, pastu semuanya in english. Agak slow la.. tapi, takpe. Sebab nak improve punya pasal.. akan ku baca.

.:: A Child's World - Infancy Through Adolesecence ::.
Dulu, masa pregnant kat Naqiyuddin, bukan main lagi suka membaca pasal kanak-kanak, tapi since dah dapat anak ni, macam dah terlupa keperluan ni.. dengan azam yang jitu, nak baca jugak buku ni sampai abis.. demi anakanda yang tersayang, kita tak tahu apa keperluan mereka,kan?

.:: The Complete Art of War By Sun Tzu & Sun Pin ::.
Buku ni adalah salah satu koleksi Arwah Ayah aku yang aku perasan ada dalam bilik library kat rumah Cik di Bukit Marak. Selama ni tak motivated nak baca buku berkaitan dengan strategi, organisasi dan kepimpinan ni, tapi selepas Aboh takde, rasanya tak salah meneruskan apa yang Aboh suka. Kan? Kan? (tiru gaya Sarimah cakap dalam Diary AF)

.:: Five Families By Selwan Raab ::.
Terpengaruh dengan my hubby la ni, sepanjang weekend kami berdua dok buat marathon tengok movie GodFather. Serious best, especially sebab tengok dengan hubby. Dia explain details. Suka part yang Michelle cerita pasal ayah (godfather) dia kat Kay 'it's either your signature or your brain in the contract' wahh.. suka. Then, suka watak Tom Hagen, lawyer yang ada sorang je client :) Nak jadi godfather jugaks je rasa.. jadi godmother, boleh macam tu?

Tengoklah.. bila dah khatamkan semua buku ni, nanti aku buat review plak pasal buku2 ini sekalian.. so, tunggu...

1 comment:

ja-anuar said...

Salam Nuur,

Kak Ja tertarik dgn the 2nd book..The Complete Art Of War.. reminds me of two people-sorang yg seolah2 menggunakan military strategy ke atas kja dan sorang lagi yg mengingatkan kja supaya berhati2 dgn org ni..

And kalau benar dia menggunakan strategy Sun Tzu, kja patut bersyukur sbb dia tak memilih Machiavelli or Atila!!

Susah nak faham maksud kja kan?