Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/05/2008

Fisio Idris on 9/5/08

Janji semalam nak update pasal fisio Idris. Inilah hasilnya, setelah Mama selongkar hard disk Mama, akhirnya Mama jumpa gambar-gambar ni.

Dah lama Idris tak datang fisio, agak-agak dalam sebulan jugak la, sebab Mama pun sakit. Bila datang je, seperti biasa, Idris akan jadi fofular dikalangan nurse-nurse yang muda rumaja tu.. geram tengok Idris, katanya. Si Idris apa lagi, dia mulalah kontrol hensem dan macho dia tu.

Masa dalam kereta, Idris mengantuk. Yelah, fisio pukul 3. Pukul 3 jugaklah si Idris ni tido. Selalunya, Mama pesan awal, esok ada fisio, so that Mama tahu anak Mama ni mentally prepared, tapi kali ni Mama lupa. Idris pun nampak macam tak ready. Pergi registration counter, Idris masih tido. Mama terpaksa kejutkan. Anak Mama anak yang baik, bila jaga pun dia tak nangis, rileks je. Maybe Idris syok explore kawasan lobi Hospital Putrajaya yang nyaman tuh..

Kali ni, diaorang buat 3 sesi kat Idris. Berdiri - Duduk - Berdiri. Meh Mama cerita btol2..

-BERDIRI-

Idris dengan nurse (therapist) India ni, masih menguap sebab mengantuk. Nurse ni kiranya kakak favourite Idris. Dalam 3 orang nurse yang layan Idris, dia suka nurse yang sorang ni. Mama lupa la nama apa, tapi apa yang Mama perasan dengan Idris ni, Idris sorang yang senang mesra dengan orang.

Yang ini, aktiviti untuk mendirikan Idris. Idris ni masalahnya, pinggang dia masih tak kuat. Sebab tu masa berdiri, dia takleh berdiri lama.

Dah jadi habit Idris: Ketuk Kepala. Mama tak tahu dah macam mana nak kurangkan aktiviti Idris ni, dulu dia suka ketuk perut dan peha. Kuat plak tu. Agak-agak kalau dia ketuk kepala ni, spec Mama pun leh patah taw (dah patah dah pun) Nampak tak, nurse yang sorang tu tengah tekan lutut Idris, sebab Idris tak boleh berdiri tegak dalam jangka masa yang lama. So, diaorang nak suh Idris berdiri tegak. Session ni diaorang buat dalam 15 minit.


Berdiri :)

- DUDUK -

Lepas acara berdiri, Idris belajar duduk plak.

Idris nampak selesa je bila duduk dalam kerusi hijau nih.. tapi, dah agak ketat.. ngam-ngam je Idris duduk dalam ni. Nampak sangat dia suka buat aktiviti ni..


Nampak Mama kat belakang...

Muka hepi :)

Suka buat muka chumil macam ni, nurse mana yang tak jatuh hati. Siap dia yang usik nurse..

-BERDIRI-

Kali ni, diaorang ajar Idris berdiri dengan menggunakan alat yang Mama tak sure apa ke namanya, tapi alat tu macam dalam gambar kat bawah ni.

Diaorang baringkan Idris kat atas tu. Ikat dia.. sekarang ni tengah betulkan kaki Idris yang dia sengaja bengkokkan.

Lepas dia ikat anak Mama dalam ni, diaorang tegakkan...

Jadi macam ni, Idris nampak bosan je..


Idris yang tengah bosan tahap power rangers. Nurse yang sorang ni la layan dia... Mama sengaja dok jauh-jauh.. nak biar diaorang yang buat. Mama nak Idris suaikan diri dengan diaorang. taknak Idris terlalu 'lemak'.. dah la dok kat umah hari-hari dengan bibik, Mama tanak anak Mama tak pandai bersosial..

Tengok Idris, kebosanan yang melanda...

Dua-dua buat mulut 'gemoks'

boyfriend mama :)

Lepas 15 minit buat sesi ni, Idris dah boleh balik. Next appointment on 30/5/08. Means, esok :)
So, esok Mama amik half day, bawa Idris datang lagi..

10 comments:

Amalina said...

enjoynye dia therapy. teringat kerusi jumbo hijau tu, Afiqah pun ada pakai tu. mmg selesa, tapi dah besar ni takleh pakai dah. sepupu2 dia pun dok menumpang sekali duduk dlm kerusi tu. selesa agaknya punggung masuk dalam lubang tu n belakang di support. kami beli di midvalley megamall.
therapy tu sama mcm Afiqah buat di HKL. Tapi kami tak continue lama. Sbb Afiqah tk suka bila kena paksa berdiri tu. Pendpdt amal, kalau limbs dia tak kuat bahaya nak paksa2 suruh dia buat position yg badan dia sendiri tak boleh support. Kami pi kat sorang private therapist kat Damansara Heights, Fezia. Kalau Nur nk cuba, boleh amal cari blk contact dia. Dia ada anak special juga, mula belajar therapy sejak anak dia jadi special, lemas dlm kolam terlalu lama sampai dah brain injured. Her therapy npk lebih advance n ada other services.

:: nuur-iskandar :: said...

wah Amal, terima kasih sangat. kalau Amal ada contact number dia, tlg la pass kat Nuur. Nak try jugaks.

Idris ni, tataw la.. dia tak marah atau tak tunjukkan rasa tak suka.. dia mcm ikut je. Nuur assume dia suka berdiri. sebab dia ada tend nak lompat.

apapun, thanks in advance eks.. kalau ada no. tu.. share2 la :)

Jiey^Mien said...

Salam..
Eiii.. Bestnya teraphy session Idris.. Banyaknya equipment.. Nape Ian punya tak macam ni ek?? Asyik dok suh main ngan toys jer.. :-(
Huhuhu.. Nak jugak!

Leen Die said...

wah..Idris punya semangat yg kuat Auntie nengok. Moga Idris cepat sembuh ok...salam kenalan dr Autie

Leen Die said...

wah..Idris punya semangat yg kuat Auntie nengok. Moga Idris cepat sembuh ok...salam kenalan dr Autie

~Puteri-Nuur~ said...

JIey,
Meh la buat theraphy kat Hospital Putrajaya. Banyak equipment, dan therapist pun sangat-sangat mesra alam gituw. Tiap kali session, kami record video, bila balik ulang banyak kali, paksa Idris tengok sampai dia hafal steps & bibik pun kena hafal jugak.

Al-hamdulillah, banyak improved selepas tu. Seronok tengok Idris gelak-gelak pandang dia sendiri di TV!

~Puteri-Nuur~ said...

Leen,
Terima kasih Auntie Leen ;-) Idris kuat! Dia suka kan pressure yang mama bagi. Ala-ala macam AF la, Mama paksa dia.. bezanya Idris tak out, cuma teknik yang berbeza-beza :)

Salam kenal juga ;-)

nasaoji said...

saya turut meminati idris...adakah idris meminati saya?..

ooo..

~Puteri-Nuur~ said...

Odah,
Nampak gayanya makin panjang la list peminat Idris.. hehehhe

Watie Aziz said...

Nuur, u such a lovely & mummy yg tabah ..frankly cakap..if i tak baca ur blog one by one ..i tak tahu pun ur child is special baby..coz he look so handsome @ MSK & i suka seat tuh!! heheh..

may Allah bless ur family always...amin..