Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

11/03/2008

Syukran Ya Rabb!!

Saya masih dalam MC sehingga 21/03/08, tapi dalam waktu berehat ni, saya gagahkan diri juga ke KL (sebab sekarang ni berehat di KB) untuk bawa Idris ke HKL. Temujanji kali ni memang penting bagiku dan suami. Hari ni, report MRI Idris akan dikeluarkan. Berdebar rasa hati. Solat 5 waktu sehari semalam tak sudah aku panjatkan doa kepadaNya agar memberikan keputusan terbaik untuk sekecil kesayanganku.

Bertolak jam 11 malam dari Bukit Marak dan tiba di Gombak @ 8.00 pagi sangat meletihkan. Tiba di HKL jam 9.45 pagi bersama suami dengan iringan bibik, ya ampun, susahnya nak dapat parking di HKL! Urusan pendaftaran selesai jam 10.30 pagi. Berat Idris 8.7kg dan tinggi masih 75cm.

Berada di hospital gomen inilah boringnya... LAMA!
Saya hanya dapat berjumpa dengan doktor pada jam 12.15 tengahari. Kali ini berjumpa Dr. Khoo. Orangnya baik sangat, kami rasa mesra dengannya. Dia meneliti keputusan MRI Brain yang dibuat pada 12/02/08, dan syukur Ya Rabb!

Menurut Dr. Khoo - semua test yang dibuat ke atasnya adalah NORMAL!

Masa dia cakap tu, aku rasa nak menangis. Terharu sangat.. suami pun senyum. Aku tahu dia lega sangat-sangat. Dr. Khoo pun perasan yang Idris ada banyak perubahan dari first visit dulu dan dia cakap it just a matter of time, perkembangan Idris mungkin slow sket, tapi tak adalah sampai mengakibatkan dia 'tak sempurna'.

Buat orang yang tertanya, apa sakitnya si comel kesayangan saya ni.. awalnya, doktor suspect dia ni 'disable child' + 'kanak2 istimewa'. itu yang selama ini buat aku walang. ibu mana tak panik, tak sedih bila doktor cakap macam tu. tapi, bila hari ni, dia mengesahkan idris normal, aku rasa macam ada batu besar yang berat sedang aku pikul ni dah berkecai hancur. Ringan je rasanya..

Walau apapun, fisio Idris di Putrajaya tetap on. Pastu, Dr. Khoo request untuk Idris buat Occupational Therapy bagi membantu dia, stimulate his motor system. Buat masa sekarang terlalu awal dia nak sahkan, tapi Dr. Khoo bimbang Idris ni ada simptoms 'autism'.

Autism? Nanti aku study dulu apa ke bendanya nih.. bila aku dah faham sepenuhnya, akan ku kabarkan pada kalian. btw, masa Tom Cruise kecik2 dulu pun dia kena penyakit ni jugak :p. To Kak Shafarina, kalau baca blog nih.. put rasa, Idris ni pun macam anak akak kot..

Apapun, syukran Ya Rabb.
Kuasa Mu yang menentukan baik buruk sesuatu benda itu terjadi, syukran!

1 comment:

nasaoji said...

rs mcm bnyk betui n3 kak put pas kt blk kg nih, last week tgk, cam tak dek lg...hurmm...

idris yg encem, kuat smangat tau..tuk abah n mama idris...