Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

10/03/2008

08'03'08- 12th GE+New History Created!

Firstly, well done Malaysian for exercising your right wisely!

SPR selesai umumkan keputusan GE ke 12. Terus terang aku katakan, i’m shocked with the news. Aku langsung tak terasa ‘gelombang’ kebangkitan di negeri-negeri lain. Cerita Kelantan jatuh ke tangan PAS, ke tangan ‘pembangkang’ (tapi di Kelantan, ‘pembangkang’ is BN) memang dah dianggap isu lapuk, ye lah kan.. it since ages lagi, tapi PAS menakluki Kedah, and PKR+DAP di Selangor yang buat aku dan suami tak putus-putus berborak sampai ke jam 5 pagi.

Nak aku highlight kat sini, saya bukanlah penyokong mana-mana parti di Malaysia ni. For sure, aku nih cuma die hard fan of Hillary Clinton :p

Politik di Malaysia aku tak pernah campur, dahulu masa Aboh masih ada, dari dia aku kutip review mengenai politik di Kelantan, and Malaysia generally. Aku concern pasal GE kali ni pun sebab ahli keluargaku ada yang menyertainya. Basically, aku sokong sebab dia darah dagingku la. Yelah, kalau sedara tak tolong sedara sape lagi, kan? (tapi, saya tak memangkah pun, tak daftar pun nama kat SPR) huhuhuhu..

Bersama keseluruh adik beradikku seramai 6 orang semalam, sambil menunggu keputusan pilihanraya ke 12-sungguh menarik. Sebenarnya, kami adik beradik sepatutnya ada ’meeting keluarga’ semalam-yelah, nak discuss pasal Alang’s Wed. Suamiku dah siap sponsor KFC 1 barrel lagi, tapi memandangkan siaran langsung di TV hot sangat, meeting terus postponed esok, sebelum kami adik beradik berangkat ke KL.

Mendengar review dari Abang Cor, Cor, Nyah, Andak, Alang, Abang Di, Yong, Wanteh dan suamiku sendiri memang seronok, berbagai review yang aku dengar. Abah (my father-in-law) keep on smsing Iskandar, dok tanya cerita pasal GE-sebab dia dapat tahu thru Al-Jazeera jer (dia kat Abu Dhabi). Dan pada masa ni aku teringat masa GE 2004, sebab Aboh lah orang yang paling banyak memberi komentar.

Dan yang menariknya, sebelum keputusan diumumkan di TV, Abang Di dah dapat info yang Dato’ Seri Shahrizat kalah to Nurul Izzah (bravo young lady!tak sangka) + Sammy Vellu kalah dan Rafidah Aziz. Kami pun macam thrill la.. Cuma, rumors tu silap, sebab Rafidah Aziz menang.

Ya, Sejarah tercipta buat pertama kalinya BN tak dapat mandate majority, hmmm.. the 'credit' shld goes to Pak Lah kot.

Sejarah tercipta bila ramai menteri-menteri kabinet kalah dalam GE kali ni (Menteri RTM-Zaidin Maidin, Ketua Menteri Penang-Khoo Soo Khon, Shahrizat Jalil-Menteri Wanita, Keluarga [rasanya salah title], Sammy Vellu,Kayveas).

Since selepas ni aku hidup didalam ‘welfare state’ (aku tinggal di Seri Kembangan, dan Seri Kembangan is SELANGOR) aku nak check semula manifesto PAS. Janji perlu ditunaikan..rasanya bil air waived selepas ni.

Oh, lupa dan satu lagi sejarah tercipta (mungkin) Negeri Perak will have their first CHINESE MB kot.. (kalau tak silap la..) kan? Hmmm.. that is smthg to ponder. Tapi, undang-undang tubuh negeri perak (fasa 2 kot,btol ke suamiku?) ada menyatakan MB mestilah Melayu dan Islam. But correct me if im wrong.

Atas kesedaran tu la, suamiku ajak aku daftar jadi pengundi di Perak. Aku cuma ingat satu je pesan Aboh padaku, andaikata suatu hari nanti aku nak mengundi, pilihlah calon yang berjuang ke agama Allah (fisabilillah) pastu calon yang berjuang demi bangsanya, dan ketiga demi negaranya. After all, as a muslim, aku kena ingat yang islam is the way of life, pemikiran dan pegangan politik are part of it.

To summarize, 4 negeri telah bertukar tangan kepada pihak opposition. Perak (DAP-tapi tak dapat mandate majority), Selangor (PAS), Kedah (PAS dapat mandate majority) dan Penang (DAP-PKR). Bersedialah untuk mendengar ‘pelbagai’ suara didalam Dewan Negara sek sok ye Malaysia.. kita telah memilih arus perubahan ini, dan kita akan ‘rasainya’.

p/s:tengah dok fikir, siapa MB Perak ni.

No comments: