Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

27/02/2008

MRI Brain pada 12/02/08

(Maaf lambat update, tak sempat. Takde gambar sebab tak bawa kamera)

Sepanjang minggu bermula 10/02/08, aku agak sibuk. Agak pack, bukan apa, selepas cuti CNY, aku sibuk dengan pemeriksaan kesihatan anak kesayanganku, Idris Naquiyuddin :) ke HKL, kena buat MRI Brain. Dalam hati ini, rasa macam nak luluh, rasa macam mama redha kalau Allah gantikan tempat mama dengan Idris, kesiannya budak umur 10 bulan macam ni kena lalui ujian macam tu. Bukan setakat tu sahaja, Idris kena puasa bermula jam 5 pagi. Dan, apa yang lagi menyedihkan, Abah Idris tak boleh temankan kami, sebab dia ada monthly meeting kat HQ.

Malam 12/02/08, aku menumpang tido di rumah KakYan di Taman Selaseh, Gombak. Jaraknya agak dekat dengan HKL, dibandingkan dari Seri Kembangan. Jam 4 pagi,aku bangkit dari tido. Susukan Idris, minta si kecil 10 bulan ini bersahur. Habislah dia minum susu dalam paksa kemamaian dia. Pada Idris, beratus kali mama pesan, Idris kena puasa sampa MRI selesai. Anak mama kuat, jangan nangis. Aku harap Allah bantu aku dalam memudahkan urusan berkaitan dengan Idris.

Jam 8.00 pagi, aku dah siap. Bibik pun siap. Idris pun sama. Al-hamdulillah, dia tak nangis. Appointment pukul 9 di PAED. Terharu sangat bila KakYan dan Abang Awish sama-sama ambil cuti, nak temankan aku. Lagi diusik rasa terharu kerna dia abang ipar cuma padaku. Bukan nak kata saudaa lelakiku tak ambil pusing, tapi keprihatinan yang ditunjukkan tu menyentuh hatiku. Terima kasih Abang Awish, sepanjang Abang Awish jadi abang iparku, menjadi cinta hati KakYan selama 7 tahun, aku setuju sangat-sangat kalau dia dinobatkan jadi the-most-understanding in law kepada kami :) Cayalah!

Berbalik semula pada cerita Idris Naquiyuddin.

Kakyan drive TAH7444 ke sana. Sepanjang perjalanan, aku peluk Idris. Dalam hati, terbit rasa sayu. Apa-apa yang berkaitan dengan Idris, memang aku agak fragile. Nasib baik, Kak Ning sepupuku nuurse di HKL banyak membantu. Dari urusan parking, hingalah ke urusan pendaftaran. Idris dibawa masuk ke Unit Rawatan Harian, diambil darahnya. Dia tak nangis macam jarum tu mencucuk ibu jarinya, tapi terpekik tatkala nurse menekan ibu jarinya. Selepas ambil darah, baru Idris dibawa untuk menjalani MRI.

Kena naik shuttle hospital. Susah giler, nasib datang dengan ramai orang. Senanglah nak lipat stroller Idris. Aku dukung Idris. Kakyan bawa barang-barang while bibik lipat stroller. Sampai ke Jabatan Pengimejan dan Xray (kalau tak silap la) kena Q, ambil turn nak buat MRI. Kesian Idris.. bimbang dia lapar dan menangis. Tapi, dia OK je. Cool.. masih senyum-senyum dan minta aku dodoikan mengantuk. Selalunya, Idris akan well-behave kalau mama pesan minta jadi good boy. Disini, aku jumpa dengan sorang kakak yang tengah peluk sorang budak lelaki, lebih kurang sizenya dengan Idris.

Aku usha, kenapa kakak tu ada kat situ.. rupanya, Allah nak temukan aku dengan orang yang mempunyai nasib yang sama denganku. Anak dia umur 12 bulan, masalahnya sama dengan Idrs, bezanya Idris lagi advance sebab Idris dah boleh angkat-angkat bontot. Aku termenung seketika, betul kata orang-orang tua, hidup jangan selalu dongak ke atas, tapi tenung ke bawah. Kalau sentiasa mendongak ke atas, kita tak akan sedar nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Aku bersyukur, Allah anugerah Idris Naquiyuddin kepadaku. Al-hamdulilah.

MRI Idris dijalankan pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 11.40 pagi. Sepanjang sesi tu, Idris diberi ubat tido. Terasa sayu hati melihat Idris diletakkan dalam mesin yang besar gedabak. Kesian hero mama.. sepanjang sesi 40 minit tu, aku temani Idris. Kakyan, Abang Awish dan bibik ada di luar. Kami semua belum breakfast. Ada juga rasa laparnya, tapi rasa tu ilang begitu sahaja sebab bimbangkan idris. Bila lesai urusan idris, kami naik semula shuttle ke PAED Institut. Idris tido sampai pukul 2.30 petang, bila dia jaga barulah habis 1 botol susu. Pastu barulah balik semula ke rumah Kakyan. Result MRI akan keluar pada 10/03/08. Nanti akan ku update di sini.

No comments: