Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

29/02/2008

Follow-Up Idris Naquiyuddin

Hari ni bangun lewat :) pukul 11 baru celik mata, itupun bila dengar suara Irfan dan Irwan bising-bising tengah main power rangers. The first thing I did, amik phone and call Ampang Putri, nak check pukul berapa Idris punya appointment. Kali ni, Idris kena follow up pasal masuk spital hari tuh. Rupanya, clinic untuk hari Jumaat before 12.30 noon la... adeh, rushing la aku bangun mandi dan siapkan diri. Bawa Idris jumpa Dr. Nasir, al-hamdulillah Idris OK. Sempat aku tanya pada dia pasal masalah Idris nih, katanya kemungkinan Idris lemas kot masa bersalin dulu.

Lemas? Untuk makluman umum, Idris dilahirkan secara caesarian setelah 5 kali doktor induce failed. Kenapa sampai 5 kali aku sendiri tak tahu. Berulang kali pada doktor (masa tu aku bersalin di HUSM Kubang Kerian) Prof. Dr. Nik Hazlina ada effect tak pada baby dia kata tak ada apa-apa. Walhal aku pulak 5 kali induce, tak sakit apa-apa pun.. Mungkin ini ketentuanNya. Allah sayangkan aku, dan nak uji sejauh mana aku kuat menerima ujianNya. Takpelah, pasal Idris, kita letak tepi dulu.

Sekarang ni nak promote pasal blog Abah Idris . Dia sampai dari Terengganu petang semalam, dia pun tengah sibuk nak blogging. Talking about Abah Idris, dah lama dia nak buat blog sendiri. Dia nak tulis pasal apa-apa yang dia suka. Untuk kepuasan peribadi dia. Semalam, aku ajar dia macam mana nak blogging (walhal, diri sendiri pun baru berblog) korang leh klik sini kalau nak baca blog dia.

Esok, kami sekeluarga akan balik ke Bukit Marak. Kesian Cik, dia hari-hari dok sebut bimbangkan Ummi di rumah. Fyi, Ummi ni ialah mak kepada Cik a.k.a nenek aku :) Allah lanjutkan usia Ummi, sekarang ni dah berumur +100 tahun kot. Nantilah, bila aku balik nih, kalau diberi kesempatan, akanku update gambar Ummi yang baru.

Ummi dan Idris (masa ni, Idris umur dia tak sampai 40 hari lagi)

Sekarang ni, sana sini orang dok cakap pasal GE, kalu tengok TV, macam-macam orang tu dok kata orang ni, orang ni dok kata orang tu. Bosan betol. Tak boleh ke kalau berkempen tapi tak memburukkan mana-mana orang?

Macam artikel yang aku baca di NST last 2 days, pasal Cikgu Zain (which I cald him Tok Ayah) of Kg. Chica, Kelantan. Dia ni, besan Cik aku, ayah kepada KakAla, isteri Nyah, abang sulongku. Dia serve 5 term as MP kat Bachok dulu, dulu dia Hamim (btol ke aku eja ni?) pastu, bila pasrti dah merge dia join PAS, then last sekali dia join BN. Masa dalam PAS, dia ni kamcing dengan Tok Guru Nik Aziz la, tapi diaorang pernah bertanding berebut seat yang sama di Bachok (masa tu Tok Ayah ni dah BN la), tap bila diaorang berkempen, dalam ceramah ke, diaorang tak pernah mengutuk sesama sendiri, diaorang bercakap untuk membela nasib rakyat. Itu tujuan diaorang nak bertanding sangat, bukan untuk kepentingan peribadi. Ingat tanggungjawab sebagai pemimpin ni besar, sek sok kena dihitung balik.

Itu cuma pandangan aku lah..

Satu lagi, tadi aku rasa terharu sangat bila Ayah Mat, husband Cik Mah calld aku dari hospital. Dia masuk wad lagi. Apa yang touchingnya sebab Ayah Mat dari jauh (dia di Kelantan) call tanya khabar pasal mata aku. Walhal, bapa saudara yang lain walaupun tahu aku macam ni, takde pun call cakap dengan aku sendiri. Diaorang mungkin ada tanya khabar pada Cik or orang lain, tapi takde plak call cakap sendiri dengan aku. Ishhh... syahdu je rasa :) Terima kasih Ayah Mat, im recovering now, getting better. Ayah Mat tu, jaga diri :) Get well soon....

Mungkin tu je kot setakat nih.. jap lagi, aku nak buat entry nak dedicate untuk kawan-kawan yang berbekas di hatiku, tapi tengah kumpul content.

Saje nak bagitau, mata aku ni takleh stress lama-lama sangat depan PC, atau pada cahaya, rasa ngilu gitu. Oleh itu, untuk makluman semua, nak siapkan entry ni bukan main lama... adeh, oklah, mataku perlukan rehat. Jap lagi eks...

Tata!



No comments: