Followers

disclaimer

Read at your own risk.

If you like what you read, keep on reading and do drop by again. If anything offends you, just let it be and you may leave any time you wish.

26/12/2017

10 Tahun.

Sedang kami lazat menikmati Keow Teow Dolly dari Taiping, yang dibawa khas oleh Bubu, Cik bangun mengapai telefon bimbitnya.
.
"Okey, saya datang sekarang" tenang je. Saya menjeling jam dipergelangan tangan kiri. Jam menunjukkan 11.30 malam. Cik duduk semula dikerusi, meja makan di rumah Yong. "Hospital call, minta datang ke hospital sekarang." Saya pandang Bubu. "Kita bawa Cik ke hospital, jom?" Bubu okey.
.
Pada wajah kami ada sedikit gusar. Sudah 8 bulan Aboh terbaring sakit. Pagi tadi, Aboh dipindahkan ke ICU. Bukan sekali dua Aboh keluar masuk ICU begini semenjak 8 bulan yang lalu. Selalunya doktor akan minta kami datang untuk melihat kondisi Aboh. Tanpa menghabiskan makan, kami bersiap ala kadar dan tergesa-gesa menuju ke hospital. 
.
Entah kenapa, terasa seperti ada satu perasaan asing dalam hati saya yang tak dapat diterjemahkan. Cik juga diam. Bubu juga. Hampir 500 meter tiba di hospital, sekali lagi telefon Cik berdering. Sekali lagi hospital menghubungi bertanyakan dimana Cik berada. Bila Cik kata kami hampir tiba dan bertanya kenapa? Tiada jawapan diberikan oleh pihak hospital.
.
Bubu menurunkan Cik dan saya di lobi utama hospital. Jam menunjukkan hampir ke angka 12. Hanya ada seorang dua di lobi. Tiba di wad ICU tingkat 1, sungguh dalam jiwa saya terasa seperti ada satu lubang kosong. Bila tiba disana,  terus saya ternampak kelibat Nyoh berdiri betul-betuk dihadapan pintu masuk ICU. Tiada senyum. Pandangannya kosong memandang kami berdua.
.
Menghampiri Nyoh, soalan pertama yang Cik ajukan. "Bakpo Aboh?"
Diam. Nyoh hanya memandang Cik. Saya disebelah juga bertanya . "Nyoh, bakpo Aboh?"
.
Cik tergamam seketika, soalan Cik seterusnya. "Pukul berapa satni?" Nyoh terus peluk Cik. Sambil peluk, Nyoh jawab "baru sebentar tadi. Aboh pegi molek. Ayah Ngah pun ada dok dalam." Waktu itu, saya rasa seperti badan saya melayang. Saya dah tak dengar apa-apa lagi yang Cik dan Nyoh bercakap. Apa yang saya nampak, Nyoh peluk Cik sebelum Cik terduduk. Nyoh bawa Cik ke meja jururawat, diberikan kerusi. Saya tak tahu apa nak buat, sampailah Bubu tiba. Terus saya peluk dan menangis. "Aboh dah tak ada" dan, Bubu peluk saya sambil ucap Innalillahiwainnailaihirojiun.
.
Saya menangis. Kemudian, saya sapu mata bila kelibat doktor dan jururawat datang menghampiri Cik. Saya dah tak boleh nak proses apa yang doktor terangkan, dan Ayah Ngah datang memeluk Cik. Sekali lagi air mata menitik. Selepas itu, macam anxiety attack, bercampur panik saya tak tahu apa nak dibuat.
.
Apa yang saya ingat selepas itu, saya call Abang Awish, maklumkan berita duka ini. Abang Awish pula serba tak kena macam mana nak break the news kepada Kak Yan. Waktu itu, Kak Yan sedang bersiap untuk sama datang ke hospital. Arahan Cik pada saya "Call Kak Yan & Abe Awish, siap rumah nak bawa balik Aboh".
.
Selepas itu, kami pulang semula ke rumah Yong. Setibanya kami, Tun menunggu di muka pintu. Dia bertanya "staro mana Aboh?" apa yang saya ingat, saya peluk dia dan kami sama-sama menangis. Saya tinggalkan Bubu utk uruskan bawa anak-anak dan segala kelengkapan ke rumah Kak Yan, dan saya bergerak dahulu membawa Cik ke sana.
.
Sepanjang perjalanan, kami tidak bercakap. Cik membaca ayat-ayat yang perlu dan saya sendiri tak dapat proses apa yang Cik sebutkan. Apa yang cuba saya hadamkan, Aboh dah tak ada. Ayah kesayangan saya sudah dijemput kembali. Sudah tidak ada peluang untuk saya merenenung redup renungannya, sudah tidak ada peluang untuk saya mendengar nasihat dan jenakanya mengusik dan sudah tidak ada peluang untuk saya sama-sama menonton dan berjalan bersamanya.
.
Sudah tidak ada.
.
Hari ini, genap 10 tahun Aboh kembali kepada PenciptaNya. Sudah 10 tahun, saya merinduinya. Sudah 10 tahun didalam doa setiap kali usai solat, saya meminta "temukanlah kami semula diakhirat nanti" Sering saya doakan, agar apabila pertemuan saya nanti dengan Aboh, saya berumur 3 tahun, berambut panjang dan masih dalam dukungan Aboh.
.
Hari ini, seusai subuh, beratnya hati ni menahan rindu. Inilah fasa yang paling perit apabila kehilangan orang yang kita sayangi. Menulis ini juga "banjir" di depan komputer, tersengguk-sengguk menahan rasa pedih yang cuma ada didalam hati. Ya, itulah rindu yang paling dalam.
.
Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda kesayangan saya:
.
Almarhum Tuan Haji Megat Ramli bin Megat Adnan. Selitkan doa buatnya, diampunkan segala dosanya dan semoga suatu hari nanti kami bertemu kembali di syurga Allah. Ameen.
.

13/06/2017

Catatan Ramadhan 1438 Hijrah - Ramadhan 18

.
Masih bercerita mengenai Lope diwaktu ini, waktu yg kebanyakkan kita lena dibuai mimpi sblm bangun sepertiga malam.
.
What's on your mind, Puteri Nuur?
Facebook tanya.
.
Saya masih terkelip-kelip menemani Lope. Bersambung kisah semalam, menjelang #Ramadhan17. Lope tertidur jam 3.36am dan bangkit semula sekitar jam 11.00 pagi. Bangunnya ceria, jadual makannya juga okey.
.
Tidak okeynya bila dipaksa minum air. Jadi, Mama mahupun bibik terpaksa berperang sedikit, memberi minum untuk capai target 1 liter sehari. Tiada tidur siang.
.
Malamnya, jam 9.30 malam sudah Mama ajak tidur dan Lope lena sekitar jam 11.10 malam. Tarik nafas lega Mama. Ambil peluang juga tidur disampingnya berdoa biarlah hingga ke pagi lenanya.
.
Tak sampai 😂😂😂
.
Jam 12.40 pagi Mama dah terjaga sebab Lope dah mula berzikir "Mam-ma" tanpa sebarang sebab yang Mama tahu. Mamalah tak tahu. Seluruh badan Lope diselidiki. Tiada indikator sakit atau tidak selesa. Apa yang tak kenanya, anak? 😥
.
Mana tak selesanya, anak? Lope duduk dan bangun menggoyang-goyangkan kedua tangannya mengikuti iringian alunan Zikir Munajat oleh Ustaz Badrul Amin. Jam begini Lope hyper. 🤔🤔
.
Pujuk Lope minum air, salin pampers dan Mama mula oiling. Hari ini, selain Peace & Calming, Tranquil, Stress Away -- Mama massage kepala, bahu Lope dengan Rose diluted with V6.
.
Kesannya Mama yang rasa 😴😴😴 Bau Rose buat Mama betul-betul damai. Semerbak harum bilik Mama, teringatkan Rose Water, Mama spray wajah Lope. Tersengih-sengih dia.
.
Sekarang, jam 1.57am. Sudah terbaring didalam duvet. Masih belum lena, termenung panjang. Saya tepuk-tepuk manja, dia senyum. Manisnya senyumanmu, sayang dan nampaknya malam Mama masih panjang.
.
#DailyLope
Editted at 4.46am.
.
Lope 😴😴😴😴 at 2.45am. 😎